Memori Aiskrim Malaysia Kanak-Kanak 80-an Dan 90-an Yang Dirindui

Sumber: Explo Rasa

Sebut sahaja aiskrim Malaysia, pasti terlalu banyak memori yang akan dikongsikan oleh generasi kelahiran tahun 80-an hingga 90-an. Dijual sekitar harga 10 sen hingga 20 sen, aiskrim ini lah yang paling mampu dimiliki ketika itu.

Yang paling popular, tentu sahaja perisa Milo dan Asam Masin. Makan sambil mengayuh basikal dengan cara menggigit hujung aiskrim bersama rakan-rakan sekolah merupakan antara memori yang kekal sehingga kini.

Namun seiring dengan perubahan, aiskrim Malaysia seakan semakin hilang identitinya sebagai makanan jalanan yang murah dan mampu dimiliki oleh semua kanak-kanak. Anda rasa kenapa perkara ini terjadi?

Memori Aiskrim Malaysia
Sumber: Explo Rasa

Dengan keadaan ekonomi sara hidup yang semakin tinggi, kos pembuatan aiskrim Malaysia ini turut terjejas. Para penjual terpaksa menaikkan harga aiskrim Malaysia, daripada harga 20 sen sehingga ke 70 sen dan RM1.

Cuba menjadi kreatif, ada penjual yang mempelbagaikan perasa aiskrim Malaysia mereka. Contohnya dengan penambahan bahan seperti jeli dan bubble, aiskrim Malaysia menjadi lebih menarik untuk dibeli oleh kanak-kanak.

Tapi ada juga pihak tak bertanggungjawab yang sengaja mengambil kesempatan menjual perasa sirap dengan harga tersebut. Bukannya tidak boleh mengambil untung, tetapi berpada-padalah. Jangan sampai keuntungan hasil jualan kita itu tidak diredai pembeli.

BACA: Pengusaha Kedai Makan Wajib Tahu Hukum Tukar Serbuk Coklat Yang Lebih Murah

Iyalah, kos pembuatan aiskrim tidak hanya terhad kepada pembelian bahan sahaja, tetapi melihat juga kepada kadar penggunaan tarif elektrik peti sejuk yang digunakan bagi mengeraskan aiskrim, sekurangnya memerlukan dua ke tiga jam.

Memori Aiskrim Malaysia
Sumber: Explo Rasa

Lagi lama simpan di tempat sejuk beku, lagi nikmat! Tak nikmatlah kalau makan aiskrim Malaysia yang dah cair. Macam tak ada feel.

Dengan lambakan jenama aiskrim di pasaran, aiskrim Malaysia tetap mempunyai peminatnya yang tersendiri. Nilai aiskrim Malaysia tidak sama dengan jenama aiskrim lain kerana ianya bukan semata sebatang aiskrim tetapi membawa memori kanak-kanak pada zaman 80-an ke 90-an yang tidak boleh diputar kembali.

Memori generasi kanak-kanak pada waktu tersebut langsung tidak sama dengan zaman milenia kini yang hanya bertumpu kepada gadget dan internet. Hanya dengan sebatang aiskrim Malaysia, generasi 80-an dan 90-an boleh buka kembali kitab sejarah kenakalan zaman sekolah dulu!

Ah, rindu betul nak lepak tepi longkang sekolah agama sambil makan aiskrim Milo dengan kawan-kawan!

Cantik betul kawasan-kawasan di Cordoba ni!

7 Lokasi Pelancongan Menarik Di Cordoba

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

7 Lokasi Pelancongan Menarik Di Cordoba

Memang berdinda kanda benarlah jika ke sana. Cantik sungguh!

Posted by MakanLena on Tuesday, January 8, 2019