5 Lokasi ‘Dark Tourism’ Untuk Anda Yang Bukan Hati Tisu

lokasi dark tourism
Sumber: Nulis

Setiap individu ada cara tersendiri untuk ke suatu tempat dalam tempoh tertentu dengan tujuan berhibur, berehat, berniaga dan sebagainya mengikut jenis pelancongan berbeza.

Sebahagian individu lebih menyukai pelancongan berkonsepkan eko pelancongan seperti melancong di kawasan berasaskan sumber semulajadi, ada juga yang lebih gemar pelancongan budaya seperti melawat kawasan bersejarah. Paling unik, bagi golongan yang sukakan dark tourism iaitu pelancongan yang melawat kawasan yang mengandungi sejarah gelap, terutama melibatkan kematian atau bencana atau kedua-duanya.

lokasi dark tourism
Sumber: Media Permata Online

Mungkin bagi sesetengah orang akan berasa seram dengan lokasi pelancongan ini, tetapi bagi anda yang berhati kental, tidak akan terasa di’hantui’ dengan lokasi pelancongan sebegini malah dapat memperoleh pengetahuan am.

Ini merupakan senarai 5 lokasi misteri dan menyeramkan seluruh dunia.

1. Tuol Sleng, Kemboja

Tuol Seng, Kemboja
Sumber: Selipan

Bangunan ini dahulunya merupakan kawasan persekolahan yang kemudiannya dijadikan penjara. Lebih kurang 20,000 orang telah diseksa dan dibunuh di tempat itu dan lokasi ini telah dijadikan muzium untuk para pelancong.

2. Lawang Sewu, Indonesia

lokasi dark tourism
Sumber: Pegipegi

Juga dikenali sebagai ‘Seribu Pintu’, dahulunya bangunan ini merupakan gedung yang dibangun pada era penjajahan Belanda dan kini menjadi salah satu destinasi pelancongan terkenal di Semarang.

Terkenal dengan kisah roh tidak tenteram, antaranya kelibat hantu wanita Belanda, pontianak dan macam-macam lagi pernah dilihat di situ.

Reka bentuk bangunan ini sangat menarik tetapi menyeramkan!

3. Pulau Boneka, Mexico

lokasi dark tourism
Sumber: Nulis Babe

Bayangkan, satu pulau dipenuhi dengan anak patung yang semuanya dalam keadaan menyeramkan. Yang betul-betul berani sahaja sanggup meredah di sepanjang sungai di
Xochimilco, Mexico City. Cuma 35 minit dari pusat bandar.

Dikatakan roh seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui lemas di kawasan itu menghantui penduduk sekitar. Tidak mahu diganggu, penduduk terpaksa menggantungkan anak patung bagi menenteramkan roh kanak-kanak itu.

4. Pulau Hashima, Jepun

lokasi dark tourism
Sumber: H.I.S Travel

Siapa yang pernah menonton filem James Bond: Skyfall pasti pernah melihat babak yang mana terdapat sebuah pulau terbiar yang tidak berpenghuni. Ya, ia merupakan lokasi sebuah pulau seakan-akan kapal perang yang tidak lagi didiami penduduk.

Telah ditinggalkan sejak Perang Dunia II dan dikatakan roh-roh tentera yang terkorban berkeliaran di kawasan pulau itu.

Nak tengok pulau ini secara virtual dengan paparan 360 darjah, boleh lawati di Hashima Island.

5. Kem tahanan Auschwitz, Poland

lokasi dark tourism
Sumber: Ontheluce

Merupakan tinggalan sebuah kem tahanan Nazi Jerman di Poland yang diibaratkan sebagai neraka telah menyaksikan lebih 1.1 juta manusia dibunuh sebaik sahaja tiba di kem itu.

Kem ini menjadi simbol pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh rejim Nazi semasa Perang Dunia II. Bagi sesiapa yang berkunjung di sini pasti terkesan dengan apa yang telah dilakukan rejim Nazi ini.

Jadi, lokasi mana anda pilih untuk next trip anda?

Menariknya resepi unik Insta chef ini, tonton

5 resepi unik Adamdidam

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

5 Resepi Unik Adamdidam

Ini kompilasi 5 resepi unik finalis Hero Oven musim kedua. Macam sedap betul…

Posted by MakanLena on Friday, January 18, 2019