Ditipu Agensi Pelancongan Tourist Guide, 300 Individu Rugi Hampir RM2 Juta

tourist guide scammer
Sumber: Kosmo

Mungkin ramai yang tertarik dengan pakej murah sehinggakan percaya dengan pakej pelancongan yang ditawarkan oleh agensi pelancongan walaupun pakej tersebut jika diteliti tidak masuk akal.

Ya, mana mungkin ada pakej pelancongan ke Eropah yang ditawarkan sebanyak RM6,000 untuk dua orang? Tiket penerbangan pun harga cecah ribu.

tourist guide scammer
Sumber:

Baru-baru ini, agensi pelancongan dibawah nama Tourist Guide- Building World’s Largest Travel Network diserang selepas lebih 300 individu kerugian hampir RM2 juta kerana penerbangan mereka dibatalkan pada saat-saat akhir.

tourist guide scammer

Menurut hantaran yang dimuat naik oleh Cikgu Loh di laman Facebooknya, modus perandi agensi pelancongan yang mengamalkan scam sebegini:

1. Berdaftar dgn MOTAC tetapi atas nama syarikat lain.
2. Adakan syarikat lain tidak berdaftar , lalu promosikan harga pakej gila murah.
3. Trip permulaan bina kepercayaan dahulu, pastikan setiap pakej deliver, jadi sini peserta mudah percaya sebab trip sebelum ini OK.
4. Dihujungnya mula mengaut keuntungan melalui penipuan terancang.
5. Peserta yang teranianya akan confirm gagal dapat duit balik walaupun sudah lakukan laporan polis.

Salah seorang mangsa yang mengambil pakej pelancongan daripada agensi pelancongan yang bertapak di Kajang ini berkata, dia percaya dan tidak fikir panjang untuk mengambil pakej itu kerana sebelum ini rakannya juga pernah menggunakan agensi pelancongan tersebut.

Disebabkan agensi pelancongan seperti inilah terpalit nama buruk agensi pelancongan lain. Jadi apa yang anda perlu buat sebelum menempah pakej pelancongan yang anda inginkan?

Pastikan agensi pelancongan itu mempunyai lesen inbound, outbound dan ticketing. Tidak salah untuk memilih mana-mana cara apabila travel sama ada secara backpackers ataupun mengambil pakej pelancongan. Yang penting anda travel mengikut keselesaan sendiri.

Kalau rasa pakej pelancongan itu murah semacam walaupun ada bukti ramai yang menggunakan pakej pelancongan berkenaan, silalah berwaspada dan kaji selidik lebih mendalam supaya tidak terjebak jadi mangsa scam.

Pergi Bali guna agensi pelancongan yang sah ya, tonton

7 penginapan yang sering dikunjungi di Bali

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

7 Penginapan Yang Sering Dikunjungi Di Bali

Artis kita kan sikit-sikit suka ke Bali. Mari tengok sikit hotel mana yang best.

Posted by MakanLena on Wednesday, January 30, 2019