Jadi Instafamous Di Merchant’s Lane Cafe

Memang tak sah kan kalau anda tak tangkap gambar dulu sebelum, semasa dan selepas makan? Lebih – lebih lagi kalau anda sampai di café hipster seperti Merchant’s Lane Café di Petaling Street, Kuala Lumpur.

Café yang mempunyai vibe Chinatown ini sudah pasti popular di kalangan remaja kerana ia dihiasi dengan pelbagai perabot custom-made yang diperbuat daripada rotan. Ditambah pula dengan lantai kayu, dinding yang dilengkapi dengan pelbagai motif bunga yang berwarna-warni, tumbuh-tumbuhan berpasu, dan permaidani vintaj.

Selain itu, café ini juga menyediakan sebuah buaian khas yang diperbuat daripada rotan. Dengan adanya natural lighting daripada bumbung yang semi terbuka, buaian ini menjadi spot yang popular bagi mereka yang ingin bergambar.

Makanan yang dihidangkan pula pelbagai, sesuai untuk brunch atau makan tengah hari. Desert dan kopi juga merupakan tarikan istimewa di café ini. Halal ye, dijamin.

Antara makanan yang popular ialah South China Sea, salmon yang dipanggang dihidangkan dengan sos salsa dan hash (daging yang dimasak bersama kentang) buatan sendiri.

Selain itu anda boleh juga cuba The Taukay, burger daging juicy yang dihidangkan bersama keju, sos kacang, telur goreng bersama roti bun arang dan kentang goreng.

Minuman juga tak kurang sedapnya. Pelbagai jenis teh dan kopi disediakan termasuklah kopi hitam, putih, minuman coklat dan lain lain.

Desert yang popular pula ialah Better Than Sex, roti jala pandan yang dilengkapi dengan keju yang dicairkan. Ada juga bebola roti goreng yang dihidangkan dengan sos kaya yang dinamakan Kalau Aku Kaya.

Harga makanan pula dalam lingkungan RM 20 hingga RM 30. Kira berpatutan juga lah dengan service yang mantap, portion makanan yang banyak dan sedap menjilat jari!

Terliur bukan? Jangan baca je, pergi dan cubalah sendiri makanan dan minuman di Merchant’s Lane Café. Jangan lupa ambil gambar banyak – banyak dan post di feed Instagram anda! Mesti jadi Instafamous punya lah lepas ni.