Jangan Tertipu Dengan Tawaran Jenama Arak Tanpa Alkohol

Sumber: Foodbev Media

Heineken, salah satu jenama arak yang terkenal di Malaysia kembali dengan menu baharu iaitu 0.0 yang mana ianya adalah bebas alkohol dengan 53 kalori di setiap 250ml.

Dengan slogan ‘Now You Can’, Heineken telah melakukan promosi secara besar-besaran dan meletakkan target untuk meluaskan pasaran mereka dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Haineken Jual Arak Halal Tanpa Alkohol

Dengan penukaran label ikonik hijau kepada biru yang melambangkan kategori bebas alkohol, perbuatan Heineken ini amat membimbangkan terutamanya di Malaysia yang agama rasminya ialah Islam.

Terpanggil untuk mengulas isu ini, Ustaz Bilal Jailani yang merupakan seorang Jurulatih dan Perunding Industri Halal memberitahu bahawa cubaan Heineken dilihat seperti cuba membiasakan orang Islam dengan jenama syarikat arak dan ianya adalah membahayakan.

Walaupun bebas alkohol, ianya tetap haram diminum kerana beberapa sebab:

  1. Mendekatkan diri dengan industri arak.
  2. Mempromosikan jenama arak.
  3. Menyerupai budaya orang kafir.
  4. Menghilangkan kuasa nahi mungkar.

Penggunaan terma arak tanpa alkohol itu jelas mengelirukan, terutamanya jika proses penghasilan minuman tersebut dibuat menggunakan kerangka yang menghasilkan minuman arak beralkohol.

ALKOHOL DAN ARAK…Ketahui perbezaan antara ALKOHOL dan ARAK dan sejauhmana ianya boleh digunakan dari aspek…

Posted by Bahagian Hab Halal, JAKIM on Saturday, March 25, 2017

Menurut JAKIM sekiranya minuman dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses pembuatan arak ianya tetap haram sama ada sikit atau banyaknya kandungan alkohol didalamnya walaupun alkoholnya disuling.

Sumber:The Heineken Company, Bilal Jailani

Menu kegemaran. Sedap dia lain macam.

Review McDonald’s Chicken Foldover & Nasi McD [#MLTapao – MakanLena]

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.