Semua Jenis Periuk Ada Risiko – Pakar Kimia

Tular beberapa hari lepas mengenai penjelasan daripada seorang doktor berkenaan penggunaan kuali atau periuk yang menyumbang kandungan toksik pada makanan sehingga boleh menyebabkan kanser.

Risiko Periuk 2

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Che Puteh tampil menjelaskan kepada umum bahawa setiap kuali dan periuk ada risikonya yang tersendiri.

Beliau yang memegang Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Natural Product Chemistry telah memberikan penjelasan di atas kenyataannya.

Risiko Periuk

Kalau anda baca penjelasan di poin ke-2, periuk cast iron ada risikonya namun ianya tidak membahayakan kesihatan, kecuali kepada individu yang perlu menghadkan pengambilan zat besi. Namun, untuk pemanasan yang lama dan bersuhu tinggi, periuk ini boleh memenuhi keperluan anda.

Risiko Periuk 1

Sama juga seperti periuk seramik. Tidak kiralah disadur seramik atau 100% diperbuat daripada seramik, ianya tetap berisiko untuk melarutkan plumbum yang sudah terbukti menyebabkan gangguan sistem neurologi.

Tidak kisahlah jenis apa kuali yang anda gunakan, yang penting pastikan ianya daripada sumber yang boleh dipercayai. Jangan memandang kepada harga semata, sebaliknya pandanglah jua pada kualiti.

Jika tidak pasti, tanyakan kepada yang pakar supaya anda tidak tersilap dalam membuat pilihan.

Restoran Milk Moustache ni memang sedap. Lagi-lagi jajangmyun dia.

Milk Moustache Cafe [Full Version] – Jajjangmyun dan Pelbagai Masakan Korea #CubaRasa…

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.