Kantoi Curi Bekal Wanita Mengandung Jadi Punca Pekerja Dipecat

Kalau kawasan pantri pejabat anda ada peti ais, situasi salah usik makanan sama ada dengan sengaja atau tanpa sengaja pasti akan berlaku. Bab makanan kalau salah ‘usik’ memang boleh bawa gaduh.

Lebih-lebih lagi kalau tersalah ‘usik’ makanan orang mengandung.

Seorang wanita sering tertanya ke mana makanan tengah hari yang dibekalkan suaminya selalu ‘menghilang’.

Lalu dengan sopan beliau meninggalkan nota,

“Kalau anda mahukan makan tengah hari yang dimasak, kami boleh buatkan dengan bayaran.”

“Tolong berhenti daripada mengambil makanan saya. Saya mengandung dan menyusukan dan perbuatan anda menyebabkan kesihatan saya terjejas.”

Jangan Ambil Makanan Saya 3

Selepas itu, beberapa orang pekerja memilih untuk menerima tawaran tersebut walaupun mereka bukanlah si pencuri makanan. Walaupun begitu, makanan wanita mengandung tersebut masih lagi ‘hilang’ selepas notis tersebut dilakukan.

Memang sengaja menyasarkan bekal beliau yang diletakkan dalam bekas makanan istimewa, wanita tersebut terpaksa melibatkan campur tangan daripada pihak pengurusan sumber manusia.

Akhirnya memutuskan untuk memasang kamera rahsia, wanita itu kemudiannya mendapati bahawa si pencuri tersebut merupakan seorang wanita yang lebih berusia dan sedang dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat.

Jangan Ambil Makanan Saya

Sudah berpangkat hampir ke tahap eksekutif dan bergaji mungkin tiga kali ganda daripada pekerja biasa, wanita tersebut percaya bahawa perbuatannya mencuri bekal adalah disebabkan oleh rasa tidak suka.

Daripada dinaikkan lagi pangkat, pihak pengurusan sumber manusia akhirnya memutuskan untuk memecat wanita terbabit daripada syarikat.

Buat hal lagi, kan tak pasal-pasal dah kena pecat. Harapnya kita tidaklah ada perangai sebegini.

Sumber: Metro.co.uk

Power tu dapat bina hotel bawah tanah.

Hotel Bawah Tanah Pertama Di Dunia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.