Kebenaran Disebalik Rendang ‘Crispy’ MasterChef UK Zaleha Olpin

zaleha olpin

Kecoh pada April lepas tentang rancangan masakan realiti popular dunia, MasterChef UK musim ke-14 di seantero benua Melayu seperti Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Kesemua negara ini telah bersatu hati dengan melakukan soladiriti kepada peserta MasterChef UK kelahiran Malaysia, Zaleha Olpin.

zaleha olpin

Sekiranya anda terlupa, MakanLena ingin kongsikan semula kepada anda. Kesemua peserta MasterChef UK musim ke-14 telah diberi tugasan untuk memasak masakan yang dirasakan penting bagi diri mereka. Zaleha dengan bangganya telah membuat masakan nasi lemak dengan ayam rendang.

Namun, harapan tinggal harapan apabila beliau telah dikecewakan oleh komen juri, Gregg Wallace dengan mengatakan kulit rendang ayamnya tidak ‘crispy’ dan tidak boleh dimakan. Sekaligus menjadikan beliau terkeluar daripada rancangan itu.

zaleha olpin

Zaleha pada awalnya tidak dapat tidur malam membayangkan beliau bakal dikritik kerana terkeluar daripada rancangan tersebut akibat nasi lemaknya. Walau bagaimanapun, tanggapan beliau meleset sekali apabila empat negara telah bangun mempertahankan masakan beliau. Sehinggakan dua tokoh politik negara, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak turut mempertahankan bahawa tiada rendang ayam yang dimasak secara rangup.

Pada episod tersebut, sebenarnya Zaleha telah mempersoalkan pandangan juri dan memberitahu tentang teknik memasak rendang ayam yang sebenar iaitu ia patut direbus dan bukannya digoreng sehingga rangup. Sayangnya, paparan yang beliau pertahankan telah disunting oleh pihak rancangan tersebut menampakkan beliau akur dengan keputusan juri.

Beliau memasuki rancangan ini untuk menguji sejauh mana taraf masakannya. Sepanjang penyertaannya, beliau berjaya mengagumkan para juri.

Kini, beliau sedang mengusahakan buku resepi masakannya yang bakal menampilkan masakan berasaskan keluarganya yang berasal dari Pahang.

Sumber: Star2

Kredit Gambar: NST, SAYS