5 Masakan Kegemaran Rakyat Korea. Penggemar K-Pop Sila Baca

korean food

Anda peminat K-Pop? Kalau teringin nak bersuamikan orang Korea, kenalah tahu masakan Korea, betul tak? Jadi, kami di MakanLena nak kongsikan kepada anda 5 jenis masakan kegemaran rakyat Korea untuk anda cuba cari resepi dan sediakan untuk bakal suami nanti ya.

1. Yangnyeom Tongdak (Ayam Goreng Pedas)

Yangnyeom Tongdak

Kalau di Malaysia dah beratur kedai ayam goreng pedas ni. Antara menu makanan segera rakyat Korea. Ayam akan digoreng sehingga rangup kemudian disaluti sos Korea pedas. Sedap hingga menjilat jari

2. Japchae (Mee goreng)

Japchae

Resepi ini adalah seperti campuran sayuran dan kerabu di tempat kita. Ditambah pula dengan mee yang diperbuat daripada campuran ubi keledek dan kanji. Tekstur mee yang kenyal menjadikan pengalaman menikmatinya sangat indah.

3. Bulgogi (Daging BBQ yang diperap)

Bulgogi

Mirip seperti masakan western, Bulgogi terdiri daripada hirisan daging yang diperap dengan jus pear, bawang putih, kicap dan beberapa bahan lain. Kemudian daging dipanggang di atas pemanggang dan disaluti sos BBQ. Hidangan masam-masam manis yang sihat kerana kurang kandungan lemak

4. Bibimbap (Nasi campur)

bibimbap

Bibim bermaksud campur dan bap bermaksud nasi dalam bahasa Korea. Terdiri daripada tiga hidangan iaitu nasi, sayuran dan daging. Semasa dihidangkan, kesemua bahan diletakkan secara berasingan dalam satu mangkuk yang sama. Untuk tambah enak, sos Gochujang akan dicampurkan bagi menambahkan rasa pedas.

1. Kimchi (Kobis Jeruk)

Kimchi

Makanan utama yang sangat sinonim dengan rakyat Korea. Bahan utamanya ialah kobis yang dijeruk bersama lada, bawang putih, bawang merah, daun kucai, jus pear, perasa dan beberapa bahan lain. Lagi lama ia diperap, lagi lazat rasanya.