Tiada Lagi Tealive

tealive

Siapa tak kenal dengan syarikat menjual air berkonsepkan Bubble Tea, Tealive. Terbaharu, Tealive dilaporkan gagal dalam usaha mereka mempertahankan perniagaan di Malaysia.

Mahkamah Rayuan telah menolak permohonan pemilik jenama Tealive, Loob Holding Sdn Bhd untuk mengekalkan perintah injunksi yang memihak kepada pemilik jenama asal Chatime, La Kaffa International Co Ltd. Menurut laporan Berita Harian, mahkamah menolak rayuan Tealive untuk terus beroperasi dan mereka perlu menutup semua cawangan secepat mungkin.

Permohonan mereka ditolak kerana syarikat itu telah melanggar kontrak dan tuntutan undang-undang terhadap La Kaffa, berkaitan dengan halangan dagangan serta undang-undang francais Malaysia. Ketika ini, Tealive mempunyai 161 cawangan di seluruh Malaysia dan keputusan ini bakal memberi kesan kepada 800 pekerjanya seluruh Malaysia.

Sedih akan berita ini. Tetapi, anda pilih Tealive atau Chatime?

Kredit gambar: Free Malaysia Today

2 Comments

  1. Sedihnya rasa dengan pekerja-pekerja tealive. Semoga mereka dikurniakan rezeki pekerjaan di tempat lain secepat mungkin. InsyaAllah..

1 Trackback / Pingback

  1. Tealive Kekal Operasi

Comments are closed.