Merdekanya Tealive

Isu pertikaian antara pengusaha Tealive, iaitu Loob Holding Sdn Bhd dengan pemilik Chatime Sdn Bhd, iaitu La Kaffa International yang melibatkan salah laku pemilikan hak cipta dan kiosk berakhir dengan rundingan damai setelah hampir enam bulan kes ini dibawa ke mahkamah Malaysia dan Singapura.

Chatime bersetuju untuk mengugurkan isu saman tersebut dan pihak Tealive dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Kenyataan ini telah disahkan dan keluarkan oleh Tealive melalui laman instagramnya. Chatime dan Tealive enggan mengulas lanjut mengenai rundingan mereka dengan alasan segala perbincangan adalah sulit dan tidak perlu dipanjangkan.

Tealive

Rasanya isu ini tak perlu diperbesarkan kerana Chatime dan Tealive masing-masing ada kekuatan dan peminatnya yang tersendiri. Bagi anda yang pernah merasai produk minuman kedua-dua jenama ini, yang manakah lebih menikmati pilihan hati? Kongsikan dengan kami.

Sumber: MalayMail