Tealive Kekal Operasi

tealive

Beberapa hari lalu, tersebar di seluruh negara bahawa Tealive bakal menamatkan operasinya di Malaysia. Namun, senario berbeza kita nampak pada hari ini.

Cawangan Tealive seluruh Malaysia masih beroperasi seperti biasa walaupun Mahkamah Rayuan telah mengarahkan pemiliknya, Loob Holding Sdn Bhd memberhentikannya. Ini adalah susulan daripada pemegang francais utama Chatime, La Kaffa International Co Ltd yang berada di Taiwan membuat permohonan injuksi bagi menghalang Loob iaitu pemegang francais Tealive daripada terus beroperasi.

Dikhabarkan menerusi laman media sosial Facebook dan Instagram Tealive Asia mereka menjelaskan bahawa akan terus beroperasi dan mengekalkan status quo sementera menunggu arahan lanjut mahkamah. Mereka juga mengucapkan terima kasih atas sokongan pelanggan yang tak putus berkunjung ke outlet mereka.