Kedai ‘Nasi Kahwin Hari-Hari’ Kembali Dibuka, Lokasi Wajib Buat Mereka Yang Suka Ke Kenduri

Sumber: FB Nasi Kahwin Hari-Hari/ RapidKL

Selepas ditutup sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kedai Nasi Kahwin Hari-Hari yang tular dengan tawaran menu kenduri majlis perkahwinan setiap hari kini dibuka semula.

BACA: Premis Kari Kepala Ikan Bangsar Kini Beroperasi Cara ‘Food Truck’ Selepas Dirobohkan

Antara kedai yang paling dinanti peminat nasi kenduri, kedai ini boleh dicapai hanya dengan menggunakan pengangkutan awam iaitu MRT.

  1. Turun di MRT Bukit Bintang.
  2. Keluar melalui Pintu F (Jalan Sultan Ismail).

Dengan tawaran tiga jenis menu iaitu Ayam Madu Dua, Daging Masak Hitam dan juga Ayam Rose, hidangan yang disediakan di sini adalah sangat sesuai terutamanya buat mereka yang mengidam untuk makan nasi kenduri tapi dek kerana keterbatasan akibat pandemik, hasrat tersebut terpaksa disimpan.

Kedai ‘Nasi Kahwin Hari-Hari’ Kembali Dibuka, Lokasi Wajib Buat Mereka Yang Suka Ke Kenduri 1
Sumber: RapidKL

Dibuka setiap Isnin hingga Sabtu, kedai Nasi Kahwin Hari-Hari bermula 10 pagi, nasi yang ditempahkan akan dilengkapi dengan kuah dalca utara, acar timun dan papadom ditawarkan dengan harga serendah RM8 sahaja sepinggan.

Buat mereka yang rindu mahu momen naik pelamin atau pun mereka yang masih bujang tapi teringin, bolehlah ke sini dan rasai sendiri keenakan hidangan mereka.

Tidak lupa juga, pencuci mulut seperti Air Batu Campur (ABC) yang ditawarkan di sini. Buat pengguna RapidKL anda boleh dapatkan pencuci mulut ini dengan harga diskaun.

Caranya mudah sahaja, tunjukkan kupon di bawah semasa melakukan pembelian.

Kedai ‘Nasi Kahwin Hari-Hari’ Kembali Dibuka, Lokasi Wajib Buat Mereka Yang Suka Ke Kenduri 3
Sumber: RapidKL