Menangi Pas Perjalanan RapidKL Percuma Setahun Dengan Kongsikan Swafoto Anda

Swafoto Menangi Pas Bulanan Percuma Setahun
Sumber: Harian Metro

Sudah setahun pas perjalanan My100 dan My50 tanpa had RapidKL dilancarkan untuk pengguna pengangkutan awam sekitar Lembah Klang. Ia diperkenalkan kerajaan menerusi Belanjawan 2019 yang diperuntukkan sebanyak RM240 juta, bertujuan untuk meringankan beban kos hidup rakyat.

Bagi menghargai sokongan dan tanda terima kasih pengguna pas perjalanan ini, RapidKL menganjurkan pertandingan swafoto dengan berlatarbelakangkan aset Rapid KL seperti LRT, MRT, BRT, Monorel atau bas Rapid KL menerusi akaun Facebook, Twitter atau Intagram.

Peserta juga perlu ikut (follow) dan suka (like) akaun Facebook Rapid KL, Instagram atau Twitter dan menamakan lima stesen LRT, MRT, BRT atau monorel yang popular di dalam ruangan komen.

Pemenang bakal memenangi pas perjalanan PERCUMA SELAMA SETAHUN bagi perkhidmatan Rapid KL dan juga berpeluang menenangi iPhone11 Pro Max dan Apple Watch Series 5 sebagai hadiah utama. Hadiah lain untuk dimenangi termasuk iPad Air dan iPad Mini.

Swafoto Menangi Pas Bulanan Percuma Setahun
Sumber: Twitter RapidKL

Tiga puluh pemenang akan dipilih dan pengumuman akan dibuat pada 25 Mac 2020 menerusi saluran media sosial Rapid KL. Pengguna boleh menghantar seberapa banyak penyertaan bermula hari ini sehingga 15 Mac 2020. Syaratnya pastilah terbuka kepada semua pengguna Rapid KL yang melanggan pas perjalanan My100 atau My50 sahaja.

Maklumat lanjut tentang peraduan ini boleh ke pautan ini.