Kerajaan Negeri Kelantan Edar Baucar Penginapan Kepada 5,000 Pengunjung Hotel Terawal

Sumber: Malay Mail

Mulai bulan hadapan, kerajaan negeri Kelantan akan mengagihkan 5,000 baucar penginapan bilik hotel bernilai RM150,000 kepada 5,000 pengunjung terawal di 50 hotel terpilih.

Setiap hotel yang terpilih akan menerima 100 baucar yang setiap satunya bernilai RM30 untuk diberikan kepada pengunjung terawal di hotel mereka.

Inisiatif tersebut diberikan bagi merangsang semula industri pelancongan domestik yang terkesan susulan penularan pandemik COVID-19 di negeri tersebut.

COVID-19 Hotel 5 Bintang Di Kuala Lumpur Sedia Dijual
Sumber: FMT

Exco Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan negeri, Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman berkata biarpun berlaku pengurangan pengunjung kerana pandemik, angka sasaran pelancong ke Kelantan sempena Tahun Melawat Kelantan 2020 (TMK 2020) masih lagi kekal di angka 5.5 juta.

Pelbagai inisiatif telah dilakukan kerajaan bagi merangsang semula ekonomi industri perhotelan.

BACA: Pulau Pinang Kecualikan Caj Penginapan Hotel Selama 6 Bulan Bermula Julai Ini

Di Pulau Pinang, kerajaan negeri telah memutuskan untuk mengecualikan caj penginapan di hotel selama enam bulan bermula 1 Julai dalam usaha untuk merangsang industri perhotelan yang bergelut untuk pulih susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tiga bulan bagi menyekat penularan wabak COVID-19.

Pandemik COVID-19 menyaksikan kelumpuhan industri berkaitan pelancongan termasuklah perhotelan sehingga beberapa buah hotel dalam negara terpaksa ditutup kerana tidak dapat menjana pendapatan.

Kesan COVID-19 yang sangat cepat membuatkan ramai pengusaha terpaksa meninggalkan industri yang dijangkakan akan mengambil masa sekitar enam bulan hingga setahun untuk pulih.

Sumber: Sinar Harian