Resipi Mudah Dan Sedap Kacang Pool Gaya Mewah

Sumber: Blogopsi

Nak tahu resipi mudah dan sedap kacang pool?

Sangat sinonim dengan masyarakat Johor, tahukah anda kacang pool bukanlah makanan asal penduduk Johor?

Ada yang berkata, menu ini sudah berada di Malaysia kurang 20 tahun yang lalu dibawa khas dari Mekah oleh seorang pengusaha makanan di Johor, Haji Makpol.

Ini resipi mudah hasil perkongsian Anie Hamid.

Bahan-bahan:

*3 sudu besar Curry Chicken Paste Chef Surya..
*1 tin kacang panggang
*1 tin kacang pool
*1 tin kacang kuda
*1/2 kilo daging kisar – cuci bersih dan tos
*1 sudu besar ketumbar – disangai dan kisar
*1 keping asam gelugor (nak guna pes asam jawa pun boleh)
*Garam, gula
*2 sudu besar minyak

Bahan tambahan (atas kacang pool):

*Cili hijau – hiris nipis
*Bawang merah – dipotong dadu
*Telur goreng mata
*Limau
*Beberapa keping roti – disapu mentega dan dibakar

 

Cara masak:

1. Panaskan minyak di dalam periuk.
2. Masukkan Curry Chicken Paste Chef Surya, kemudian masukkan daging kisar masak hingga daging bertukar warna.
3. Masukkan ketiga-tiga jenis kacang (kisar 1/2 bahagian dan 1/2 bahagian di biarkan sebiji-sebiji). Masukkan serbuk ketumbar. Kacau rata.
4. Masukkan bahan perasa garam, gula dan asam gelugor atau pes asam jawa.
5. Kacau rata dan masak hingga kuahnya pekat sedikit.
6. Matikan api dan bolehlah di hidangkan bersama dengan bahan tabur, telur mata dan roti bakar.

Resipi Mudah Menu Kacang Pool 1
Sumber: KetoJules