Lost World of Tambun Tawar Pakej Penginapan Dan Tiket Taman Tema Serendah RM299 Untuk 2 Orang

Sumber: Lost World of Tambun

Kembali dengan pakej-pakej menarik selepas dibuka semula, Lost World of Tambun kini sedang mengadakan pakej promosi serendah RM299 termasuk penginapan dan tiket taman tema untuk dua orang.

BACA: Dua Taman Tema Air Malaysia Tersenarai Dalam ‘Ranking’ Terbaik Dunia

Tempoh promosi bermula 6 hingga 17 Julai ini akan dilengkapi dengan:

  • penginapan di Lost World Hotel (Exotic Room)
  • tiket masuk ke taman tema (dua orang)
  • tiket masuk ke Night Park(dua orang)
  • sarapan di Garden Tarrace (dua orang)

With just RM299, you will get:• Night stay at Lost World Hotel Exotic Room for 2 persons.• Theme Park Entrance for 2…

Posted by Sunway Lost World Of Tambun on Sunday, July 5, 2020

Tempoh penginapan yang sah sehingga 31 Mac 2021 ini bagaimanapun ada syarat yang perlu pengunjung lost World of Tambun patuhi:

  1. Pakej penginapan hanya sah untuk Exotic Room sahaja.
  2. Surcaj RM65 satu bilik/satu malam akan dikenakan sekiranya tarikh yang dipilih jatuh pada hujung minggu (Jumaat-Ahad), cuti sekolah, cuti umum, malam cuti umum.
  3. Black out date – Pakej tidak termasuk penginapan yang jatuh pada tarikh ambang tahun baharu (31 Disember 2020) dan Tahun Baharu Cina (11-16 Februari 2021).

Lost World of Tambun Tawar Pakej Penginapan Dan Tiket Taman Tema Serendah RM299 Untuk 2 Orang

Sebelum ini dalam usaha merangsang semula pelancongan domestik, Sunway tawar diskaun pakej pelancongan sehingga 70% dalam kempen ‘Ke Sana Ke Sini Ke Sunway‘.

Kempen yang bertepatan dengan pembukaan semula Taman Tema Sunway Lagoon kepada orang ramai bermula 4 Julai ini merupakan sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang bekerjasama membendung penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

BACA: Sunway Tawar Diskaun 70% Dalam Pakej Pelancongan ‘Ke Sana Ke Sini’

akej yang Sunway tawar adalah merangkumi penginapan dua malam di Hotel Sunway Pyramidtiket masuk ke Sunway Lagoon untuk dua orang dewasa dan dua kanak-kanak serta baucar tunai Sunway Pyramid bernilai RM200 boleh boleh dibeli dengan harga cuma RM499 berbanding harga asalnya, RM1,599 bermula 6 hingga 20 Julai bagi tempoh kunjungan bermula 7 Julai hingga 31 Oktober ini.