Malaysia Dijangka Hantar Pekerja Kolar Biru Ke Jepun

Malaysia Hantar Pekerja Ke Jepun
Sumber: Kyodo News

Ini mungkin berita baik kepada mereka yang mencari pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik di luar negara.

Malaysia mungkin akan menandatangani perjanjian dengan Jepun untuk menghantar pekerja kolar biru di negara tersebut dalam bidang tertentu di bawah satu program visa baharu yang dilancarkan bulan April.

Menerusi Kyodo News, Malaysia dan Jepun bakal menandatangani satu memorandum kerjasama (MoC) apabila Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran melawat Jepun Julai depan.

Memorandum tersebut akan menyediakan kerangka asas untuk perkongsian maklumat bagi pekerja dalam sektor seperti pembinaan, perladangan dan penjagaan kejururawatan. Jepun bercadang mengambil lebih ramai pekerja asing berikutan peningkatan jumlah penduduknya yang lanjut usia dan kadar kelahiran yang rendah.

Malaysia Hantar Pekerja Ke Jepun
Sumber: Nikkei Asian Review

Memetik kenyataan seorang pegawai Malaysia, kerajaan sedang berbincang dengan pihak sana bagi merangka satu MoC untuk menghantar pekerja ke negara matahari terbit itu susulan pembukaan 14 sektor pekerjaan kepada orang asing.

Skim tersebut berpotensi mencipta 50,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia di Jepun.

Setakat ini, Jepun menandatangani MoC dengan Filipina, Nepal, Mongolia, Kemboja dan Myanmar selepas program visa itu dilaksanakan pada 1 April. Ia kini berunding dengan China, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Malaysia akan menjadi negara ke-10 menawarkan pekerjanya kepada negara tersebut.

Perkara ini tentunya merupakan inisiatif yang menarik memandangkan betapa ketatnya peraturan Jepun dalam hal-hal imigresen.

Buat masa ini, pekerja asing yang fasih berbahasa Jepun dan memilki kemahiran bekerja tertentu seperti dalam sektor pertanian dan hospitaliti boleh memohon Skills Worker No.1 selama lima tahun.

Manakala bagi mereka yang mahir dalam bidang pembinaan boleh memohon Skills Worker No.2 yang mana boleh untuk memperbaharui visa dan membawa keluarga tinggal di sana.

Sumber: FMT, Rose In Japan

Syurga dunia.

7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.