5 Negara Mempunyai Tradisi Unik Sambut Bulan Ramadan

negara sambut Ramadan unik
Sumber: Ruang Guru

Bulan Ramadan ialah bulan istimewa bagi umat Islam seluruh dunia. Ramadan bukan hanya mengenai menahan lapar dan dahaga, tetapi untuk kita membuat lebih banyak amal ibadat.

Setiap negara yang ada masyarakat Muslim meraikan bulan Ramadan dengan budaya masing-masing yang telah diamalkan sekian lama.

Contohnya di Malaysia, apabila tiba bulan Ramadan, meriah dengan pemberian bubur lambuk yang dimasak para jemaah masjid dan surau kepada orang ramai.

Berikut antara negara yang mengamalkan tradisi unik ketika bulan Ramadan.

1. Pakistan

negara sambut Ramadan unik

Kebanyakan golongan wanita di Pakistan melakukan tradisi chaand raat atau memakai inai pada akhir Ramadan. Ketika itu, ramai wanita akan keluar membeli-belah dan mereka akan mengambil kesempatan untuk melukis inai di tangan serta kaki. Selain tradisi itu, wanita juga akan saling bertukar makanan manis.

2. Turki

negara sambut Ramadan unik

Hampir setiap negara mempunyai cara tersendiri untuk mengejut penduduk bangun sahur. Di Turki, tradisi bangun sahur biasanya dilakukan oleh mesaharaty terdiri daripada penduduk tempatan. Mereka akan berjalan dan memanggil penduduk bangun sahur. Mesaharaty juga akan membawa alat muzik sambil memanggil nama wakil keluarga yang dikenalinya.

3. Mesir

negara sambut Ramadan unik

Di Mesir, mereka akan memasang fanoos atau lampu lantera pelbagai warna dan unik. Lampu tersebut mempunyai ikatan kuat dengan Ramadan kerana masyarakat percaya dengan nilai rohani yang terdapat pada fanous. Di Kaherah, seluruh bandar diterangi lampu berwarna-warni tersebut malah peniaga turut menghiasi ruang hadapan kedai mereka dengan fanoos untuk menarik pembeli.

4. Rusia

negara sambut Ramadan unik

Umat Islam di Rusia umumnya berpuasa selama 17 jam dan ini merupakan salah satu tempoh berpuasa lama di dunia. Selain berbuka puasa dengan kurma dan buah-buahan, mereka juga makan makanan seperti roti yang diisi pelbagai aneka masakan.

Jika isinya labu atau keju, disebut khingalsh dan jika diperbuat daripada gandum, ia disebut galnash. Sementara untuk penawar dahaga, biasanya orang memberikan kvass, iaitu sejenis minuman tradisional Rusia; dihasilkan daripada proses fermentasi yang dicampur dengan perisa buah-buahan (bukan alkohol).

5. Kuwait

negara sambut Ramadan unik

Ramadan di Kuwait dimeriahkan dengan kunjungan kanak-kanak bersama keluarga mereka yang mengenakan pakaian tradisional unik. Tuan rumah menyediakan gula-gula dan coklat dalam jumlah yang banyak untuk diberikan kepada kanak-kanak. Tradisi ini biasanya diamalkan di seluruh rantau Arab, namun waktu acara ini berlangsung adalah berbeza di setiap negara.

Masing-masing negara mempunyai cara unik menyambut bulan Ramadan. Mungkin suatu hari nanti anda bakal berkunjung di salah satu negara ini melihat suasana sebegini?

Sumber: Sinar Harian, SkyScanner

 

Sekali-sekala berbuka nasi lemak apa salahnya kan?

6 Menu Nasi Lemak Unik Di Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.