‘Video Maker’ China Beri Pesanan Buat Pelancong Tentang Sisi Gelap ‘Elephant Ride’

Gajah Thailand
Sumber: Steem KR

Sebut sahaja pelancong dari China, ramai dari kita akan menggelengkan kepala. Mana tidaknya, pelancong dari negara China memang terkenal dengan isu-isu kontrovesi yang ditimbulkan mereka sehingga dilabelkan sebagai pelawat tidak beradab.

Oleh kerana reputasi pelancong China sudah semakin buruk, seorang video maker, Chao telah membuat satu video khas untuk dijadikan panduan buat mereka apabila melancong ke negara lain. Dengan tujuan ingin menggalakkan mereka menjadi lebih bertanggungjawab, paparan video tersebut turut menyentuh isu kekejaman pada gajah yang berlaku di negara Thailand.

Terdapat sisi gelap dalam industri pelancongan Thailand yang menjadikan gajah sebagai salah satu tarikan ke negera tersebut. Sebelum menjadi jinak, gajah-gajah tersebut didera dengan teruk bermula daripada tempoh dia dilahirkan.

Gajah Thailand
Sumber: Steem KR

Dipisahkan daripada ibunya untuk menghancurkan semangat mereka supaya tidak melawan sehinggalah diseksa sehingga trauma, ada diantaranya yang mati kerana mendapat bekalan air yang tidak mencukupi. Seksaan ini hanya akan diberhentikan apabila gajah patuh dengan arahan pelatihnya.

Memang kejam!

Chao yang gembira dengan populariti kerjanya menyatakan bahawa impiannya adalah untuk memberitahu lebih ramai orang China agar menjadi lebih bertanggungjawab supaya aktiviti pelancongan mereka menjadi memori yang tidak boleh dilupakan.

Antara tips lain yang diberikan oleh Chao kepada pelancong China dalam menjaga alam sekitar ialah:

1. Tidak membayar untuk menonton persembahan atau mengambil gambar bersama haiwan.

2. Tidak memberi makan kepada haiwan liar.

3. Tidak memijak batu karang.

4. Tidak membeli produk yang diperbuat daripada haiwan yang diancam kepupusan.

5. Tidak mengunjungi taman laut dengan rekod ‘mendera’ haiwan.

6. Jangan menaiki cruise.

Namun kata Chao yang paling penting ialah sentiasa senyum dan menyapa dengan menggunakan perkataan ‘hai’ selain daripada menghormati privasi orang lain dan jangan merenung mereka.

Tip yang diberikan oleh Chao ini bukan hanya ditujukan kepada pelancong China sahaja, tetapi kepada semua orang supaya masih mengekalkan rasa kemanusiaan dalam diri mereka. Selepas ini, jika melancong ke Thailand janganlah ambil pakej yang ada menawarkan elephant ride, ya.

Sumber: South China Morning Post