Priyanka, Nick Potong Kek 7 Tingkat Setinggi 18 Kaki Guna Pedang

Perkahwinan Priyanka Nick
Sumber: People

Perkahwinan bintang Bollywood, Priyanka Chopra dengan penyanyi Amerika, Nick Jonas telah berlangsung dalam suasana yang gilang gemilang. Bermula daripada persalinan yang direka khas sehinggalah veil sepanjang 75 kaki dan kek perkahwinan serba mewah, semuanya menjadi tumpuan media.

Perkahwinan Priyanka Nick
Sumber: Hello Giggles & South African

Kek yang memaparkan rekaan bentuk istana ini memberikan visual ‘pasangan romantis di puncak’ mengejutkan para tetamu. Siapa sahaja tidak terkejut jika melihat seni rekaan kek 7 tingkat yang serba mewah dan memukau dengan ketinggian 18 kaki tersebut?

Kek yang direka khas oleh pemilik Abu Jani Sandeep Khosla and Motwane Entertainment & Weddings, Sandeep Khosla dan Aditya Motwane ini bukan biasa-biasa sehingga perlu menggunakan pedang khas untuk memotongnya.

View this post on Instagram

Hahaha awww 😂😍😍

A post shared by Priyanka Chopra Fan Page (@xxpriyankachopraxx) on

Tetamu yang menghadiri majlis di Istana Umaid Bhawan, Jodhpur ini turut dihidangkan dengan makanan percampuran elemen moden dan klasik. Menu daripada Royal Kitchens of India yang disajikan ini dimasak khas menggunakan resepi rahsia turun temurun diselitkan juga hidangan Eropah dan Amerika bersama dengan beberapa sajian jalanan di seluruh dunia.

BACA: Makan Buffet Secara Percuma Di Serena Brasserie, Intercontinental KL

Keindahan persekitaran dan kegembiraan sepanjang majlis berlangsung di kediaman mewah yang diuruskan Taj Hotels ini memang memukau pandangan yang melihat. Siap ada pertunjukan bunga api secara besar-besaran lagi tu! Memang macam majlis diraja.

View this post on Instagram

MAGICAL❤️! #priyankaandnick

A post shared by Mariam Sharif💋 HMUA (@sitarabeauty) on

Jika dilihat dari semua aspek, tidak hairanlah jika majlis perkahwinan Priyanka Chopra dan Nick Jonas ini dilabelkan sebagai wedding of the year, kan?

Sumber: Showbiz