Resipi Ayam Tanduri Sedap, Rasa Macam Dekat Kedai Mamak

Sumber: Copy Me That

Sebut sahaja ayam tanduri, pasti terbayang-bayang hidangan roti nan. Menjadi pilihan gabungan menu di kedai mamak, memang sedap sangat kalau dapat makan panas-panas. Tapi itulah, isunya ada sesetengah orang yang tak makan mamak kerana ragu dengan status kebersihan kedai mereka.

Kalau macam itu, apa kata cuba resipi ayam tanduri ini di rumah. Memang tak ragu-ragu nak makan, apatah kali kalau nak tambah kan?

Bahan A:
*4 keping peha ayam (whole leg); basuh, buang kulit (pilihan) dan kelar kasar
*2 sudu makan minyak masak

Bahan B:
*1 sudu teh serbuk cili
*1/4 sudu teh garam
*1 sudu makan jus limau nipis atau lemon

Bahan C:
*6 sudu teh yogurt asli pekat
*2 sudu teh campuran pes (5 ulas bawnag putih dan 3cm halia dikisar lumat)
*2 sudu teh serbuk cili
*1/2 sudu teh garam masala
*1 sudu teh serbuk ketumbar
*1/2 sudu teh serbuk lada hitam
*1/4 sudu teh serbuk kunyit
*1 sudu teh pewarna merah

Cara Perap Ayam:

1. Satukan bahan B hingga sebati dan lumur pada ayam dan perap seketika.

2. Campur bahan C dalam bekas berlainan. Pastikan campuran pekat sedikit dan jangan tambah air.

3. Lumur bahan C pada ayam dan masukkan 2 sudu makan minyak masak. Perap dalam masa 4 jam ke atas sebelum dibakar menggunakan ketuhar.

Ayam Tanduri

Cara Bakar:

1. Susun hirisan lobak pada permukaan dulang supaya ayam tidak melekat pada dulang.

2. Bakar ayam pada suhu 230°C selama 25-30 minit. Masa mungkin berbeza mengikut saiz ayam.

3. Selepas 20 minit pertama, sapukan sedikit minyak supaya ayam cantik berkilat.

4. Jika ada pemanggang selepas ayam dibakar, anda bolehlah panggang sebentar untuk dapatkan kesan terbakar.

*Sebelum dihidangkan, untuk rasa lebih mengancam boleh perah sedikit limau di atas permukaan ayam.

Resipi Ayam Tanduri
Sumber: Resipi Sheila Rusli

Senang sahaja kan? Bahan-bahan nak masak pun memang mudah didapati. Tak perlu singgah mamak dah. Masak sahaja di rumah dan kesihatan lebih terjamin.

Sumber: Rasa

Kalau ke Phuket sebab nak tengok pulau, bolehlah singgah pulau dalam senarai bawah ini.

5 Pulau Pilihan Utama Pelancong Ke Phuket

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.