Talian Penting Larangan Merokok KKM Disekat WhatsApp

Talian Larangan Merokok Disekat WhatsApp
Sumber: Anak Bapak

Kementerian kesihatan komited untuk meningkatkan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan tempat awam dengan menyediakan penyelesaian kepada orang ramai yang takut untuk menegur.

Antaran usaha yang diberikan ialah orang ramai boleh membuat aduan larangan merokok melalui dua talian khas yang mana salah satunya melalui aplikasi WhatsApp.

Namun usaha ini terhalang apabila talian penting yang diwujudkan untuk memudahkan aduan orang ramai disekat aplikasi pesanan mesej popular itu.

Mesej yang dihantar ke nombor 010-8608949 tidak sampai kepada nombor tersebut tanpa tanda “double tick” pada aplikasi itu untuk menunjukkan ia telah diterima.

Menerusi laporan FMT, terdapat aduan mengenai privasi yang difailkan kepada WhatsApp yang mendorong pemilik aplikasi itu menyekat nombor tersebut.

“Pelanggaran privasi adalah sebahagian terma dan syarat WhatsApp. Kami kini sedang berunding dengan pakar undang-undang kami untuk melihat bagaimana kami dapat menyediakan saluran aduan ini melalui WhatsApp tanpa dituduh melanggar peraturan,” kata sumber daripada KKM.

Talian Larangan Merokok Disekat WhatsApp
Sumber: KKM

Sementara itu, orang ramai boleh membuat aduan dengan membuat panggilan suara ke talian 03-8892 4539 namun ia hanya boleh dilakukan semasa waktu pejabat sahaja.

Sumber: FMT