Pakar Dakwa Juruterbang MH370 Putuskan Bekalan Oksigen Sebelum Jatuhkan Pesawat

Berita kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014 masih lagi kekal misteri sehingga ke hari ini. Walaupun operasi pencarian telah dilakukan secara besar-besaran, pelbagai teori sudah dikeluarkan pakar, sehingga ke hari ini tragedi kehilangan pesawat MH370 masih lagi tidak bertemu jawapan.

Baru-baru ini, pakar daripada Independent Group mendakwa tragedi MH370 adalah disebabkan oleh perbuatan juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah yang digelar sebagai seorang yang ‘bermasalah dan kesunyian’.

Kapten Zaharie dikatakan mempunyai masalah depresi telah menerbangkan pesawat dengan laju sehingga ke ketinggian 40,000 kaki dari paras laut supaya pesawat akan berada dalam keadaan ‘tertekan’ dan akan membunuh 238 orang penumpang secara perlahan akibat daripada sesak nafas sebelum menghempaskannya ke dalam Lautan Hindi.

Juruterbang MH370 2

Independent Group terdiri daripada pengesan penerbangan (aviation sleuths) yang berdedikasi dan pakar-pakar yang misinya adalah untuk merungkai peristiwa mengenai penerbangan.

Pakar-pakar daripada kumpulan tersebut memberikan dua kemungkinan, sama ada Kapten Zaharie sengaja menunggu pesawat kehabisan bahan api semasa berada di ketinggian tersebut atau pun beliau sengaja menyelamkannya ke dalam Lautan Hindi supaya ianya terurai.

Willian Langewiesche, seorang pakar penerbangan mendedahkan teori yang paling memungkinkan di The Atlantic adalah sama ada Shah membunuh atau pun tidak mampu untuk membantu pembantu juruterbangnya sebelum menekan kabin untuk membunuh kesemua yang berada di dalam pesawat.

Juruterbang MH370 1

Langewiesche turut mendakwa topeng oksigen yang dijatuhkan tidak akan berfungsi kerana penggunaannya semasa kecemasan di paras ketinggian 13,000 kaki dari paras laut dan tidak lebih dari 15 minit. Natijahnya penumpang akan tidak sedar dalam masa beberapa minit selain daripada mati secara perlahan tanpa tercekik atau tercungap.

Banyak lagi teori lain yang telah dikemukakan berkenaan dengan tragedi ini termasuklah Kapten Zaharie menerbangkan pesawat dalam keadaan tertekan. Pemeriksaan FBI pada simulator yang dibina sendiri oleh Kapten Zaharie di kediaman beliau mendapati laluan yang dicipta hampir sama dengan laluan MH370.

Juruterbang MH370

Antara teori lain termasuklah penglibatan Vladimir Putin dalam menerbangkan MH370 ke lokasi rahsia sebelum dirampas dan terhempas di sebuah hutan di Kemboja.

Mengambil keterangan daripada rakan sekerja Kapten Zaharie, masing-masing enggan melakukan kesimpulan sendiri. Namun ada spekulasi yang mengatakan status perkahwinan beliau yang berada dalam keadaan tidak baik turut menjadi punca kepada perkara tersebut.

Julai tahun lalu (31 Julai 2018), Laporan Siasatan Keselamatan bagi penerbangan MH370 Malaysia Airlines telah membersihkan nama Kapten Zaharie dengan mengeluarkan kenyataan bahawa tiada perkara negatif mengenai beliau.

Manusia hanya mampu mengandai dengan keterbatasan fikiran mereka. Sesungguhnya, hanya Tuhan sahaja yang tahu tentang kebenaran misteri MH370 ini.

Sumber: The Sun UK

Tengok dia orang makan, terasa macam nak makan laksa pula.

Review Bihun Sup & Laksa Utara Citarasa Montelo [#MLTapao – MakanLena]

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.