Melaka Terima 18,000 Tempahan Hotel Sejak PKPP

Sumber: Malacca

Melaka terima 18,000 tempahan hotel sejak PKP dilaksanakan.

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menyaksikan sektor ekonomi negara mula dibuka dengan kebenaran untuk rakyat Malaysia melakukan perjalanan pelancongan domestik.

Mula dilaksana sejak 10 Jun lalu, sektor pelancongan hotel di Melaka dikatakan telah menerima kira-kira 18,000 tempahan penginapan membawa kepada penyasaran lebih 25,000 tempahan hotel sehingga Disember sekaligus membantu dalam merancakkan semula ekonomi pelancongan domestik negeri.

Melaka Terima 18,000 Tempahan Hotel Sejak PKPP 1
Sumber: Notes on Travelling

Menurut Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali, beliau dimaklumkan tempahan hotel bertaraf tiga hingga lima bintang di Melaka pada minggu lalu turut menerima 100% pelancong tempatan terutamanya pada cuti hujung minggu.

Keadaan ini menunjukkan bahawa sektor pelancongan di Melaka sudah semakin pulih sejak penutupan susulan pelaksanaan PKP hampir empat bulan terdahulu.

Bagi merancakkan sektor pelancongan negeri, kerajaan negeri Pulau Pinang telah memutuskan untuk mengecualikan caj penginapan di hotel selama 6 bulan bermula 1 Julai.

Di Pulau Pinang, bayaran caj penginapan hotel telah dikutip sejak 2014 iaitu hotel 4 dan 5 bintang dikenakan bayaran RM3 semalaman untuk setiap bilik, manakala RM2 untuk bilik di hotel 3 bintang dan lebih rendah. Caj RM2 juga dikenakan untuk doom, hotel bajet, asrama dan rumah tamu. Bayaran itu dikutip sejak 2014.

BACA: COVID-19: Hotel 5 Bintang Di Kuala Lumpur Sedia Untuk Dijual

Manakala kerajaan negeri Kelantan pula akan mengagihkan 5,000 baucar penginapan bilik hotel bernilai RM150,000 kepada 5,000 pengunjung terawal di 50 hotel terpilih bernillai RM30 bagi merangsang semula industri pelancongan domestik yang terkesan susulan penularan pandemik COVID-19 di negeri tersebut.

Sumber: Astro Awani