Tak Perlu Gigih Sental, Ini Cara Mudah Cuci Bekas Plastik Berminyak Seperti Baru Dibeli

Cuci Bekas Plastik Berminyak
Sumber: Hits

Ini Cara Mudah Cuci Bekas Plastik Berminyak Seperti Baru Dibeli.

Walaupun kita dianggap rajin membasuh pinggan mangkuk, tetapi satu perkara ini mesti kita berasa tidak rela iaitu apabila membasuh bekas plastik yang berminyak!

Kebanyakan daripada kita kalau cuci bekas makanan jenis ini akan menghadapi masalah untuk mencucinya dengan bersih dan minyak hilang sepenuhnya. Sebahagiannya, mesti geram dan dalam diam terus buang dalam tong sampah, bukan?

Ketika mencucinya, kita perlu memberikan lebih tenaga untuk menyental dan menggosok bekas plastik itu hingga betul-betul kesan minyak hilang.

Cuci Bekas Plastik Berminyak

Tak perlu gigih menyental lagi, di sini ada cara mudah dan berkesan untuk membersihkan kotoran minyak melekat pada bekas plastik.

Anda hanya perlu tiga bahan sahaja untuk mencuci bekas plastik berminyak ini!

Melalui perkongsian di laman sosial, individu ini menunjukkan cara membersihkan bekas plastik yang penuh dengan minyak sehingga bersih. Bahan yang digunakan ialah sabun pencuci pinggan mangkuk, air dan tisu dapur.

Langkah 1: Masukkan pencuci pinggan mangkuk secukupnya ke dalam bekas yang berminyak.

Langkah 2: Masukkan air sehingga memenuhi 1/3 bekas tersebut

Langkah 3 : Masukkan pula sekeping tisu dapur ke dalam campuran pencuci dan air.

Langkah 4 : Tutup bekas dan goncang.

Langkah 5 : Buang campuran serta tisu dan cuci dengan air bagi menghilangkan sisa sabun.

Alahai, mudah sangat rupanya. Selepas ini, tak perlulah bersusah payah untuk menyental bekas plastik.

Selamat mencuba!

Ini pula cara hilangkan bekas makanan berbau:

BACA: Bekas Makanan Berbau? Cuba Guna Cara Ini