Melancong Ke Luar Negara Dikenakan Levi Pelepasan Bermula Jun Depan

pelancongan
Sumber: Inc

Melalui Belanjawan 2019 yang telah dibentangkan menteri kewangan kita, levi pelepasan akan dikenakan bagi semua penumpang udara ke luar negara bermula 1 Jun 2019.

Ini bertujuan untuk menggalakkan pembangunan sektor pelancongan dalam negara.

levi pelepasan
Sumber: Treasury

Menurut beliau, kadar yang dicadangkan itu melibatkan dua kategori iaitu sebanyak RM20 bagi penumpang ke negara-negara ASEAN manakala RM40 bagi destinasi negara lain

Ia juga dianggap berpatutan jika dibandingkan kadar yang dikenakan oleh negara lain seperti Thailand AS$20, Hong Kong AS$15 dan Jepun AS$10.

pelancongan
Sumber: Tourism Malaysia

Diharapkan sektor pelancongan domestik juga akan bergerak seiring dengan sektor pelancongan luar negara seperti penyediaan prasarana yang baik dan mengurangkan cukai pelancongan bagi rakyat tempatan jika benar kerajaan mahu menggalakkan pelancongan dalam negara.

Anda setuju?

Sumber: Malaysia Kini