Menurut Doktor, Rupanya Selama Ini Cara Masak Mi Segera Kita Salah!

Umum sedia maklum, mi segera adalah sangat tidak elok. Mi segera merupakan makanan yang diproses dan tinggi kandungan bahan pengawet Mono Sodium Glutamate (MSG). MSG tidak membunuh individu dengan cara mendadak, tetapi secara perlahan-lahan.

Ramai juga yang sedar, mi segera disalut dengan pengawet makanan dan ianya amat berbahaya pada tubuh jika diambil secara berterusan.

Tetapi kenapa masih ramai yang seakan ketagihan makanan ini?

Perkara ini telah mendatangkan kerisauan pada para doktor, kerana kesannya terutama kepada kanak-kanak dan wanita hamil adalah amat membimbangkan. Lebih-lebih lagi bila individu tersebut makan mi segera lebih daripada tiga kali seminggu.

Bagi kanak-kanak, ketagihan ini boleh menyebabkan mereka mengalami masalah penyerapan nutrisi manakala mi segera mampu menyebabkan keguguran dan mengganggu proses pertumbuhan janin.

KESAN MAKAN MEE SEGERA Ramai yang ketagihan maggi. Kerisauan saya pada kanak-kanak dan wanita yang hamil yang kerap…

Posted by Dr Zubaidi Hj Ahmad on Thursday, 16 May 2019

Mi segera merupakan penyebab kepada penyakit kronik terutamanya pada serbuk perasanya. Dr Zubaidi Hj Ahmad, seorang pakar dalam bidang perubatan tidak melarang anda untuk makan mi segera jika tiada pilihan makanan, cuma elakkan daripada memasukkan kesemua serbuk perasa dan tidak menghirup kuah jika boleh.

Jadi beliau terpanggil untuk memberitahu kaedah yang BETUL dan SALAH dalam memasak mi segera. Supaya makanan tersebut tidak menjadi toksik kepada badan anda.

CARA YANG SALAH:

1. Masukkan mi ke dalam periuk bersama air, isi serbuk perasa dan biarkan bahan mendidih selama 3 minit.

***Nota: Dengan merebus kesemua bahan tersebut (terutamanya serbuk perasa – MSG), ianya akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan ianya menjadi toksik.

Cara Betul Masak Mi Segera

CARA YANG BETUL:

1. Rebus mi di dalam periuk berisi air.

2. Setelah mi masak, toskan mi dan buang air yang mengandungi bahan pengawet.

3. Rebus air dalam periuk lain (air baharu) sehingga mendidih, masukkan mi ke dalam air dan matikan api.

4. Hanya pada tahap ketika api dimatikan, dan ketika air masih sangat, masukkan serbuk perasa.

5. Jika anda mahukan mi kering, keluarkan mi dan masukkan serbuk perasa dan toskan mi.

Kaedah ini perlu dilakukan agar kandungan makan pengawet yang masuk ke dalam tubuh kita boleh dikawal dan tidak menyebabkan kemudaratan pada tubuh.

Tanpa sedar, ramai antara kita masak mi segera dengan cara yang salah disebabkan rasa mahu cepat dan merasakan cara tersebut lebih mudah. Natijahnya, kemudahan membawa kepada penderitaan secara perlahan.

Apa kata anda? Masih lagi mahu memasak dengan menggunakan cara yang salah?

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Terliur sungguhlah tengok daging bakar bulan puasa ini.

SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Mall – #CubaRasa MakanLena

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.