Akhirnya! Family Mart Terima Sijil Halal JAKIM Untuk 108 Produk Makanan

Status Halal Family Mart
Sumber: The Hive

Setelah beberapa tahun menanti, akhirnya tiba juga berita gembira buat pelanggan Muslim Family Mart di Malaysia apabila sekitar 108 produk makanan mereka disahkan halal.

16 Mei lalu merupakan tarikh kedai serbaneka berpangkalan di Jepun ini mendapat sijil halal sah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

BACA: Family Mart Tiada Dalam Senarai Premis Halal JAKIM?

Berita gembira ini merupakan salah satu daripada cara syarikat Family Mart (QL Kitchen Sdn Bhd) menunjukkan usaha mereka dalam cubaan meningkatkan tahap keyakinan pelanggan Islam.

Status Halal Family Mart
Sumber: Hype

Antara hidangan yang mendapat sijil sah halal tersebut adalah seperti onigiri, bento, sandwich, roti dan bakeri serta aiskrim yang menjadi trademark kedai tersebut.

Family Mart melahirkan rasa gembira mereka kerana kebetulan semasa memperoleh sijil halal tersebut, mereka baru sahaja membuka cawangan kedai yang ke-100 di Jonker Street, Melaka.

Tahniah, selepas ini tak adalah ragu-ragu lagi nak makan di sana!

Sumber: MalaysiaKini

Dengar kata sekarang ni Foldover Chicken ada promosi beli 1 percuma 1.

Review McDonald’s Chicken Foldover & Nasi McD

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.