Minuman Bergula Bantu Tingkatkan Risiko Kanser – Kajian

minuman bergula risiko kanser

Boleh dikatakan minuman bergula telah menjadi fenomena di Malaysia sehinggakan ada sahaja minuman tular bergula ini pasti ramai orang berkunjung.

Jika mengambil minuman atau makanan bergula secara berlebihan, pasti dikaitkan dengan penyakit diabetes. Namun satu kajian berskala besar di Cancer Research UK menunjukkan pengambilan minuman bergula dikaitkan peningkatan risiko pembentukan sesetengah kanser.

minuman bergula risiko kanser
Sumber: NST

Pengambilan minuman bergula meningkat sejak berabad lamanya di dunia dan telah dikaitkan dengan peningkatan obesiti yang sering menjadi faktor risiko kanser.

Sekumpulan penyelidik melakukan kajian terhadap 100 ribu orang dewasa dan mendapati hanya pertambahan 100ml minuman bergula sehari meningkatkan 18% risiko kanser dan 22% risiko kanser payudara.

Jus buah juga menunjukkan risiko yang tinggi bagi kanser seperti minuman bergula yang lain.

Salah seorang penyelidik tersebut berkata, kajian berskala besar ini membuktikan bahawa pengambilan minuman bergula mungkin dikaitkan dengan peningkatan risiko beberapa jenis kanser.

Melalui hasil kajian tersebut, percukaian produk bergula memberi impak signifikan terhadap tahap kanser kepada masyarakat.

Apa yang kita perlu lakukan ialah berpada-padalah dalam pengambilan minuman bergula. Dalam usaha mencegah serangan kanser yang ditakrif sebagai pembunuh abad ke-21, pastikan kita mengekalkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang sihat.

“Mencegah lebih baik daripada mengubati”

Sumber: NST