Floria Diraja Putrajaya Kembali Lagi!

Floria Putrajaya 2019

Acara tahunan Putrajaya iaitu Festival Floria Putrajaya 2019 bakal menemui anda bua kali ke-11 di Taman Botani Putrajaya, Presint 1!

Boleh memilih mana-mana tarikh pesta ini yang bakal berlangsung selama 10 hari bermula 30 Ogos hingga 8 September 2019. Setiap tahun, festival bunga secara besar-besaran ini amat dinanti-nantikan bagi mereka yang menyukai keindahan pelbagai jenis bunga.

Floria Putrajaya 2019

Floria Diraja Putrajaya mempamerkan 61 kebun bunga dari 23 negara seluruh dunia. Temanya pada tahun ini ialah orkid dan bonsai yang mana sebelum ini tema yang diberikan seperti bunga raya, mawar, bunga kertas, lily dan chrysanthemum sejak 2007.

Antara acara dan pameran yang diadakan seperti Magical Garens, The Magic of Bonsai & Suiseki Exhibition, Musical Garden, Royal Garden dan International Orchid Competition. Selain melihat pameran bunga, pengunjung juga dapat membeli belah bunga-bunga cantik di sana dengan harga yang lagi murah dan berpatutan.

Floria Putrajaya 2019

Floria Putrajaya 2019

Floria Putrajaya 2019

Di sana juga akan ada tarikan baharu iaitu Floria Arts & Crafts yang mana ia merupakan gerai jualan produk kraftangan Malaysia.

Setakat ini, harga tiket belum dinyatakan. Untuk maklumat lanjut, boleh layari ke laman rasmi Floria Putrajaya.

Inilah masanya anda bergambar sakan dengan rakan-rakan mahupun keluarga. Ayuh, jangan lepaskan peluang melihat keindahan gubahan bunga yang tidak pernah anda lihat di sini!

Sumber: Floria Putrajaya