Dari Mana Datangnya Kutu Dalam Bungkusan Beras?

Perkara yang paling menjengkelkan apabila mahu menanak nasi ialah terpaksa membasuh beras banyak kali gara-gara terlalu banyak serangga seperti kutu berwarna merah keperangan dan hitam pada beras.

Sangat menggangu dan menggelikan, pasti di antara kita ada yang tertanya-tanya dari mana datangnya mereka ini bukan?

Kutu beras atau nama saintifiknya Sitophilus Orizae atau turut dikenali sebagai bubuk merupakan masalah yang sudah lama wujud dalam industri pertanian. Walaupun tidak mambawa bahaya kepada manusia, kutu ini amat berbahaya kepada bahan pertanian.

Sering tertipu dengan beras yang kelihatan bersih semasa di kedai, tahukah anda kutu betina beras ini sebenarnya boleh meninggalkan sehingga 300 ke 400 biji telur mereka di dalam beras (per kaviti)?

Kutu Beras

Memang tidak terlihat pada mata kasar, hakikatnya jika ditinggalkan dalam keadaan sesuai, kutu ini mampu membiak sehingga beberapa generasi. Malah untuk kutu dewasa, mereka boleh hidup sehingga tujuh ke lapan bulan dan ada juga menjangkau ke tempoh dua tahun.

Adakah anda juga tahu sebenarnya pada peringkat telur atau larva, kutu ini hidup dalam butiran beras dan apabila dewasa barulah mereka akan keluar daripada butiran beras? Walaupun tidak berbahaya kepada manusia, jangan pula anda basuh beras secara cincai ya.

Mempunyai deria bau yang kuat, kutu beras amat sensitif dengan bauan seperti daripada cili kering dan daun pandan. Tapi jangan pula guna bahan kimia seperti minyak wangi anda untuk menghalau mereka.

Macam mana nak selamatkan beras anda daripada terus dimakan oleh golongan kutu beras ini?

  1. Jangan simpan beras dalam tempoh masa yang lama.
  2. Beli beras daripada kedai yang sentiasa mendapat bekalan baru.
  3. Simpan beras di tempat kering dan kedap udara.
  4. Masukkan daun pandan, cili kering atau tumbuhan herba tidak berbahaya yang mempunyai bau yang kuay ke dalam beras berkutu.
  5. Basuh beras berulang kali supaya beras yang sudah dimakan oleh kutu beras akan terapung dan dibuang kerana sudah ringan.

Jadi selepas ini tiada lagilah isu dalam mengawal kehadiran kutu dalam beras anda kan? Dengan beberapa langkah mudah dan teknik pembasuhan beras yang betul, anda boleh mengelakkan diri daripada terjumpa serangga ini ketika menyuap nasi.

Selamat mencuba!

Sumber: Ini Sains Beb

Hujan hujan macam ini memang sedap dapat mihun sup panas-panas.

Review Kek, Puff, Tart dan Freppe Durian [#MLTapao – MakanLena]

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.