Nabila Huda Kongsi Rezeki Waroeng Isabella Bersama Golongan Warga Emas

Sumber: Cinema

Pernah terkait dengan kontrovesi yang melibatkan kedai makannya, Waroeng Isabella beberapa minggu lalu yang mana Nabila Huda kelihatan beremosi apabila membalas kritikan seorang pelanggan di Twitter mengenai perkhidmatan dan menu yang disediakan di sana.

BACA: Nabila Huda Bengang Servis Kedai Makannya Dikritik Pelanggan

Tetap tidak mematahkan semangat beliau dalam melakukan kebaikan, Nabila Huda dan suaminya kini ingin berkongsi rezeki yang mereka perolehi dengan menyediakan makanan percuma kepada pelanggan Waroeng Isabella dari golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas setiap hari.

Sudah berjalan bermula 28 Januari, idea ini timbul daripada sikap suaminya yang suka memerhatikan pelanggan. Apabila melihat ramai golongan warga emas yang datang dan sanggup beratur untuk membeli makanan.

Kedai Nabila Huda
Sumber: IG Waroeng Isabella

Nabila Huda berkongsi bahawa pembukaan Waroeng Isabella ini bukanlah dengan niat mahu hidup dengan mewah, tetapi kerana ingin berkongsi rezeki dan menghidangkan makanan yang sedap kepada pelanggan.

Ada juga menyatakan niat mahu menyediakan makanan percuma kepada kanak-kanak selain daripada sup percuma buat golongan umur ini, suami beliau turut memberikan ‘ruang’ fast lane kepada wanita hamil walaupun barisan tidak panjang kerana kasihankan mereka yang perlu berdiri lama.

Waroeng Isabella

Bermula dari bawah, pembelian bahan-bahan masakan kesemuanya dibeli sendiri oleh suami di pasar borong. Bukan bertujuan pemasaran jenama Waroeng Isabella, Nabila Huda tidak mahu niat baiknya disalah anggap oleh masyarakat.

Netizen, cuba kita sambut baik niat beliau. Jangan pula anda kecam. Benda baik kan? Kami doakan semoga perniagaan Waroeng Isabella Nabila Huda ini semakin maju dan diberkati.

Sumber:Harian Metro

Teringin nak makan nasi beriyani power? Jom lawat restoran di bawah ini. Confirm puas hati.

Nasi Arab @ Al Rawsha

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

Nasi Arab @Al Rawsha

Jadi orang arab ni seronok dia tang makanlah… jemput tengok.

Posted by MakanLena on Wednesday, January 30, 2019