Google Doodle Rai Hidangan Rasmi Malaysia, Nasi Lemak Dalam Paparan Animasi

Buka sahaja pelayar Google hari ini, anda boleh lihat paparan animasi nasi lemak pada perkataan Google. Meraikan nasi lemak sebagai hidangan rasmi di Malaysia, Google Doodle memuat naik satu paparan video animasi yang memperlihatkan bagaimana hidangan tersebut dimasak.

BACA: 5 Jenis Makanan Kontrovesi Malaysia Yang Sering Dituntut Hak Oleh Indonesia

Bukan sahaja terkenal di Malaysia, nasi lemak turut boleh dijumpai di Singapura, Thailand dan Indonesia. Boleh dimakan dalam apa jua waktu, nasi lemak yang dahulu dimakan sebagai hidangan sarapan petani di pantai barat Semenanjung Malaysia kini turut dijadikan sebagai menu merarau (makan tengah hari) rakyat Malaysia.

Mengetengahkan identiti asal nasi lemak yang dijual di jalanan dalam bungkusan daun pisang atau kertas minyak berwarna perang, nasi lemak kini turut disediakan sebagai salah satu menu di restoran mewah dan hotel.

Google Nasi Lemak

Resepi asas penyediaan nasi lemak yang dipaparkan dalam animasi Google Doodle; beras dimasak bersama santan, daun pandan dan halia, dihidang bersama telur rebus, beberapa hirisan timun dan kacang goreng serta sambal ikan bilis. Menjadikan ayam goreng dan rendang daging sebagai lauk tambahan yang memang digemari oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia.

Hidangan nasi lemak pernah diucapkan oleh Richard Olaf Winstedt pada awal 1909 yang merupakan seorang pentadbir British di Tanah Melayu pada ketika itu. Turut pernah dijadikan sebagai salah satu topik artikel akhbar siaran 1935 yang menyatakan bahawa nasi lemak boleh didapati di pasar Melayu di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Pernah terbabit dalam gosip hangat ‘rendang crispy’ semasa pertandingan MasterChef UK 2018, hidangan rendang ayam bersama nasi lemak hasil masakan Zaleha Kadir pernah dikritik pengadil Gregg Wallace kerana kulitnya yang tidak cukup rangup.

Boleh divariasikan mengikut kesesuaian selera, diet dan kawasan, ada juga pengamal vegan yang sukakan hidangan nasi lemak ini. Bezanya, mereka cuma menggantikan sambal ikan bilis, ikan bilis goreng dan telur rebus kepada sayuran seperti kentang dan tauhu.

Yang paling penting, sekali sudah makan nasi lemak memang tak toleh ke mana dah.

Sumber: Free Malaysia Today

Teringin nak makan nasi beriyani power? Jom lawat restoran di bawah ini. Confirm puas hati.

Nasi Arab @ Al Rawsha

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

Nasi Arab @Al Rawsha

Jadi orang arab ni seronok dia tang makanlah… jemput tengok.

Posted by MakanLena on Wednesday, January 30, 2019