Orang Mati 3 Tahun Tempah Hotel Di Dubai

tempah hotel
Kredit: Max Pixel

Seorang lelaki telah didakwa kerana menggunakan identiti rakyat Dubai yang telah mati selama 3 tahun kerana menempah bilik hotel di Dubai.

Dalam rekod pendakwaan tersebut, lelaki berusia 27 tahun itu telah menempah bilik di sebuah hotel untuk dua malam berturut-turut dengan menggunakan wang tunai.

Pada malam kedua, pihak hotel telah menelefon bilik individu berkenaan sama ada beliau ingin melanjutkan penginapannya atau tidak, namun tidak dijawab oleh lelaki tersebut.

Pihak hotel terus melakukan perhubungan susulan melalui telefon milik lelaki berkenaan namun didapati ia dijawab oleh seorang lelaki lain. Lelaki yang menjawab telefon berkenaan memberitahu nama pemilik nombor telefon sebelum ini telah mati selama 3 tahun.

Disebabkan terkejut, pihak hotel terus menghubungi polis dan memberitahu situasi yang dialami mereka.

Dalam beberapa minit, pihak polis tiba di perkarangan hotel lantas menangkap penipu tersebut.

Sumber: Khaleej Times