Pengalaman Honeymoon Di Langkawi Yang Lain Dari Yang Lain

langkawi
Kredit: Sumfinity

Bagi sesetengah pasangan yang sudah berkahwin, masa honeymoon lah masa yang paling mereka nantikan kerana dapat pergi bercuti bersama dengan yang tersayang lagi lagi ketika itu, semuanya nampak indah belaka.

Lupakan chocolate hunting untuk rakan rakan, set pinggan mangkuk Corelle yang dipesan emak mertua, jadikan honeymoon ini sebagai pengalaman manis hanya untuk anda berdua sahaja.

Macam kakak kita dan suaminya ini, mereka hanya mengeluarkan belanja sebanyak RM640 seorang sepanjang 3hari 2malam di Langkawi disamping dapat melakukan aktiviti yang menarik. Caranya anda hendaklah sedikit rajin untuk survey voucher yang ditawarkan oleh syarikat seperti Klook, Eatigo dan lain-lain lagi.

Antara pengalaman manis bagi saudari Syahirah Sabri dan suaminya ini, mereka memilih untuk menaiki helicopter untuk melihat pemandangan Langkawi yang cantik berbanding menaiki cable car yang sering dipilih oleh pengunjung ketika di Langkawi. Harga Heli Tour ini adalah bermula dari RM380/couple.

Untuk aktiviti air pula, apa kata anda ubah selera dari pergi aktiviti snorkeling di Pulau Dayang Bunting ke sesuatu yang lebih unik. Saudari Syahirah dan suami telah memilih untuk menaiki cruise sambil dihidangkan hidangan makanan yang enak. Waaah, ini sangat romantik, jangan lupa untuk mengambil foto dan reenact scene filem Titanic di atas kapal tu ya.

Selain itu, anda juga boleh open sea swimming di tepian cruise tersebut, pastinya ini adalah antara aktiviti yang lain daripada lain. Semua ini boleh didapati di Sea Splash Langkawi. Pelbagai jenis pakej lain turut ditawar di sini mengikut kehendak dan bajet anda.

Untuk mengetahui lebih terperinci mengenai bajet dan aktiviti yang dilakukan oleh pasangan ini, bolehla jenguk ke page Facebook empunya badan  yang tertera di bawah ini.

Sumber    : Facebook Syahirah Sabri