Perbezaan Pendapat Pakar Tentang Cuaca Panas Mampu Bunuh Covid-19 Buat Netizen Keliru

Betul Ke Cuaca Panas Bunuh Covid-19

Negara kini mengalami gelombang kedua penularan Covid-19 yang mana ia semakin mengganas menyerang lebih ramai mangsa. Justeru, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak Covid-19 sebagai pandemik sekali gus negara-negara yang terlibat perlu bertindak lebih tegas dan agresif demi mencegah penularan wabak ini.

Masyarakat ketika ini pastinya sedang panik sehingga pelbagai info dan petua disebarkan untuk menenangkan masyarakat.

Antaranya, ada pakar mengatakan makanan seperti ikan singgang, kangkung, air lemon dan kelapa mampu mengubati penyakit Covid-19. Namun, sejauh manakah kebenarannya tidak pasti kerana tiada kajian yang mampu mengesahkan maklumat itu.

Selain itu, baru-baru ini Buletin TV3 melaporkan sebuah berita mengatakan suhu panas mampu mencegah Covid-19.

Betul Ke Cuaca Panas Bunuh Covid-19

Menurutnya, pengalaman berhadapan dengan wabak influenza dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) mendapati ia serius pada musim sejuk.

Betul Ke Cuaca Panas Bunuh Covid-19
Sumber: Twitter

Menurut Prof Dr Norayati Abd Majid, Presiden Persatuan Kawalan Jangkitan Malaysia, virus berkenaan boleh dihapuskan dengan mudah ketika cuaca panas.

“Cuaca panas boleh bantu proses sanitasi. Mikrob akan duduk di permukaan besi selama 12 jam. Jika di baju, ia boleh duduk selama 9 jam, jika di tapak tangan ia boleh kekal sehingga 10 minit. Mikrob tak tahan pada cuaca panas sekitar suhu 25 atau 26 darjah celcius. Maka rajinkanlah diri berjemur dan berpeluh. Kalau suhu lembap, ia memang mudah membiak. Buka tingkap, jangan buka pendingin hawa,”ujar profesor itu.

Menguatkan lagi kenyataan Prof di atas, kajian daripada saintis kesihatan Kementerian Kesihatan Singapura, Profesor Dr Tan Chorh Chuan menjelaskan bahawa Covid-19 tidak dapat bertahan lama sekiranya suhu melebihi 30 darjah celcius.

Menurutnya, pengalaman berhadapan dengan wabak influenza dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) mendapati ia serius pada musim sejuk.

Jika dilihat di Malaysia, cuaca panas di sini yang melebihi 30 darjah celcius memberi peluang untuk kita kurangkan penularan virus itu.

Bagaimanapun, kenyataan ini disangkal seorang doktor yang aktif membetulkan fakta tentang kesihatan di media sosial. Kata Dr. Rafidah Abdullah, cuaca panas tidak mampu membunuh Covid-19 dan beliau turut menegur Buletin Utama agar tidak membesarkan perkara yang tidak sahih itu.

Turut menyangkal tentang pendakwaan itu ialah pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri yang menjelaskan masih terlalu awal untuk mengesahkan kenyataan tersebut.

“Saya tidak mengatakan ia tidak benar tetapi pada masa sekarang, kita mempunyai data yang terhad.

Jadi saya tidak akan membuat kesimpulan seperti apa yang disyorkan oleh WHO,” katanya dalam satu hantaran di Twitter.

Melihat dakwaan yang dikeluarkan oleh mereka yang pakar dalam bidang kesihatan ini membuatkan netizen berasa keliru untuk mempercayai kenyataan yang benar.

Apa pun, kita yang mempunyai ilmu sedikit ini perlu sentiasa menjaga kebersihan dengan kerap mencuci tangan menggunakan sabun atau hand sanitiser dan memakai topeng muka apabila berada di tempat awam.