Ini Antara Lokasi Lembah Klang Yang Sudah Ada Kes Positif Koronavirus Perlu Anda Elak

Sumber: FMT

Gelombang kedua koronavirus di Malaysia yang bermula awal Mac lalu lebih dasyat daripada gelombang pertama. Pertambahan kes secara mendadak selepas 11 hari tidak mempunyai kes baharu mencetuskan kebimbangan warga kota.

Setakat artikel ini ditulis, sudah 124 buah negara terjejas dengan jumlah kes yang dicatatkan adalah 126,380 dengan angka kematian sebanyak 4,634.

Lokasi terjejas Koronavirus di Kuala Lumpur 2

Malaysia setakat ini mencatatkan 149 kes yang mana 26 sudah disahkan sembuh, dua lagi berada dalam kritikal dan selebihnya masih menerima rawatan.

Disebabkan mahu mengurangkan kes jangkitan, orang ramai diminta tidak melawati kawasan tumpuan.

Lokasi terjejas Koronavirus di Kuala Lumpur 1

Berikut merupakan antara senarai lokasi yang sudah mempunyai kes positif koronavirus di kawasan Kuala Lumpur.

1. Melawati Mall

Pusat beli belah Melawati Mall semalam melakukan proses pembersihan dan sanitasi susulan daripada seorang pelanggannya dikesan positif jangkitan koronavirus telah mengunjungi salun kecantikan di sana pada 2 Mac lalu.

2. SUHAKAM

Ibu pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditutup selama tiga hari selepas seorang daripada ahlinya disahkan positif, namun tidak dapat dipastikan sama ada dijangkiti pada awal Mac 2020.

3. SKMM, Cyberjaya

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan seorang kakitangan mereka positif koronavirus dan kini berada di Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan. Susulan itu, Kaunter Aduan Pengguna ditutup buat sementara waktu bagi mengelakkan risiko jangkitan melalui kontak.

4. Masjid Sri Petaling

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang mengesan 5,000 ahli jemaah tabligh yang terlibat dengan perhimpunan keagamaan di Masjid Sri Petaling selepas kes pertama di Brunei dikatakan mempunyai kaitan dengan perhimpunan tersebut yang berlangsung antara 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

5. SIRIM, Shah Alam

Selepas mengesahkan seorang daripada petugasnya positif koronavirus, SIRIM mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan risiko wabak berkenaan merebak antaranya menyediakan pencuci tangan di kawasan awam bangunan SIRIM dan pejabat SIRIM negeri.

6. KWSP, Jalan Raja Laut

Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) ditutup sehingga Jumaat ini bagi proses disinfeksi ruang pejabat dan kawasan persekitaran selepas ada dakwaan mengatakan seorang individu yang membuat urusan di sana disahkan positif koronavirus.

7. Khazanah Nasional

Pekerja Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) di KL Sentral yang mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China sekitar Januari lalu disahkan positif koronavirus sedang menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan. Beliau yang merupakan kes ke-26 dikatakan berkontak rapat dengan individu lain yang disahkan positif selepasnya.

Lokasi terjejas Koronavirus di Kuala Lumpur

Harapnya dengan adanya peningkatan kes koronavirus di Malaysia ini, rakyat Malaysia lebih cakna menjaga kebersihan diri dan elakkan bersosial buat sementara waktu.

KKM menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah berikut bagi melindungi diri anda dan orang lain dari COVID-19.Pesanan : Langkah 1 terpakai tidak kira di mana anda berada.

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Monday, March 2, 2020

Yang paling penting, jangan lupa ke klinik sekiranya ada tanda-tanda sakit tau. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman media rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.