Permintaan Tinggi China Terhadap Buah Durian Ancam Hutan Malaysia

buah durian ancam hutan Malaysia
Sumber: FMT

China kini dipersalahkan dan menjadi punca kerana telah mengancam gelombang baharu penebangan hutan secara besar-besaran di Malaysia berikutan permintaan tinggi buah durian. Ia dilihat bahawa sebahagian besar hutan di Pahang telah dibasmi untuk menanam raja buah ini.

Walaupun buah durian dikritik oleh anti-durian kerana mempunyai bau yang tajam dan tidak enak serta telah diharamkan untuk dibawa masuk dalam hotel atau stesen kereta api, ia tetap menjadi tumpuan di China. Permintaan yang tinggi ini telah mendorong para pengeksport untuk mengembangkan lagi perusahaan buah durian.

Mengapa China tidak membeli durian di negara jiran seperti Thailand dan Indonesia?

Masyarakat di tanah besar China lebih sukakan Musang King Malaysia kerana memiliki tekstur yang berlemak dan rasa manis. Peminat durian di China lebih gemarkan durian dari Malaysia berbanding negara seperti Thailand, mempunyai rasa buah durian yang kuat dan cenderung sakit selepas itu tetapi tidak seperti buah durian dari Malaysia.

buah durian ancam hutan Malaysia
Sumber: Cili Sos

Kegilaan China terhadap buah durian menjadikan buah ini dijual dalam pelbagai menu seperti piza, mentega, salad dressing dan susu.

BACA: Malaysia Pertaruh Durian Kerana ‘Kegilaan’ China

Memang satu perkara positif apabila China mahu membeli durian di Malaysia dan sanggup membayar pada kadar harga yang tinggi namun hutan di Malaysia mendapat impak negatif terhadap alam sekitar.

buah durian ancam hutan Malaysia
Sumber: AFP

Apa yang membimbangkan, perladangan durian secara besar-besaran itu akan menjejaskan kawasan hutan yang dilindung; habitat haiwan seperti monyet dan burung-burung eksotik. Turut terkesan, sungai di sekitarnya keruh dan dipenuhi dengan batang-batang pokok dari pembalakan.

Di luar kawasan yang bakal menjadi ladang durian, terdapat papan tanda yang menulis ia dijalanlan oleh Ample Harvest Produce, tetapi kakitangan syarikat berkenaan enggan mengulas apabila dihubungi mengenai penebangan pokok di kawasan itu. PEKA berkata, status tanah itu telah diubah kerajaan tempatan untuk membenarkan pembalakan tetapi badan berkuasa tidak mengulas lanjut berkenaan isu tersebut.

Jangan disebabkan tamak dengan permintaan tinggi dari China, kita gadaikan hutan yang menjadi kawasan teduhan air hujan. Bukan sahaja memusnahkan habitat haiwan liar, malah akan menyebabkan kemusnahan alam. Tak cukupkah Malaysia sering dilanda banjir walaupun bukan musim tengkujuh?

Sumber: Channel News Asia