Jom Belajar Cara Pembuangan Minyak Masak Terpakai Dengan Betul

Sumber: Lelaki Sihat

Selalu kalau minyak masak anda sudah berwarna hitam, apa yang akan anda lakukan? Buang ke tanah? Longkang? Atau saluran sinki? Pengetahuan yang terbatas mengenai cara yang betul menjadi punca kegiatan aktiviti kitar semula minyak masak ini terbatas.

Sedarkah anda perbuatan anda membuang minyak masak yang tidak lagi mahu digunakan ke tong sampah dan sinki bakal memberikan kesan yang buruk kepada alam sekitar?

Gangguan sistem perparitan akibat tersumbat selain daripada menggalakkan pembiakan serangga perosak boleh membawa kepada masalah yang lebih serius seperti pencemaran air dan ancaman kepada hidupan akuatik.

Minyak Masak Terpakai
Sumber: YADIM

Tahukah anda bahawa minyak masak terpakai juga boleh diproses dan dihasilkan pelbagai bahan berguna seperti sabun dan bahan bakar kenderaan bagi menggantikan petrol dan diesel?

Kami berikan beberapa cadangan cara yang boleh anda lakukan terhadap minyak masak terpakai:

1. Serahkan kepada pihak yang ada menyediakan khidmat kitar semula minyak

Apa kata daripada anda buang minyak masak terpakai di kawasan yang boleh menyebabkan pencemaran, lebih baiklah sekiranya anda jual kepada pihak berkenaan, bukan? Contohnya menjual kepada Akademi Tahfiz Al’ Hira dan Kelab Belia Sentosa di Batang Kali atau di Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi tujuan penghasilan biodisel.

Anda dapat duit, alam pun terjaga dari pencemaran.

Minyak Masak Terpakai
Sumber: Harian Metro

2. Gunakan serbuk pengeras minyak

Di Jepun, minyak masak tidak dibenarkan dibuang dalam bentuk cecair. Mereka diwajibkan mengeraskan minyak tersebut terlebih dahulu dengan menggunakan serbuk pengeras sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

Mudah sahaja caranya, panaskan minyak dan masukkan serbuk pengeras. Tunggu sehingga minyak menyejuk dan anda dapat lihat minyak terpakai tadi seakan membeku. Kemudian masukkan ke dalam plastik dan ikat dengan kemas sebelum anda buang ke dalam tong sampah.

Mana nak cari? Ada dijual di Daiso. Confirm laku keraslah produk ini nanti sehinggakan Daiso kena selalu restock.

Ini salah satu cara buang minyak masak yang dah jadi hitam legam.Jom bekukan minyak masak sebelum buang ke tong…

Posted by Noor Hafiza Mohamad on Monday, February 4, 2019

3. Kumpul dalam botol

Kalau rasa malas nak menjual kembali minyak terpakai tersebut, anda boleh kumpul kembali minyak tersebut dalam botol-botol kosong dan buang di kawasan kitar semula. Nanti pihak berwajib seperti Majlis Perbandaran akan uruskan sisa buangan tersebut.

Senang kan kerja?

Minyak Masak Terpakai
Sumber: Era Baru

4. Kitar semula sendiri

Kalau anda jenis yang kreatif dan suka ber-DIY, bolehlah cuba lihat di internet cara penghasilan bahan berasaskan minyak. Sebenarnya dari minyak masak terpakai anda boleh hasilkan bahan yang paling mudah iaitu lilin.

Percaya tidak?

Minyak Masak Terpakai
Sumber: Republika

Jadi selepas ini, bolehlah amalkan cara-cara di atas ini bagi menggantikan tabiat salah pembuangan minyak yang selalu anda lakukan itu. Bukan apa, alam ini kan tempat tinggal kita.

Kalau tidak kita yang menjaganya, siapa lagi?

Ada bran tak nak panjat Kalavantin Durg ni?

KALAVANTIN DURG – Berbahaya & Mendebarkan

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

KALAVANTIN DURG – Berbahaya & Mendebarkan [#MLFeed]

Terokai perjalanan yang menyesakkan nafas namun menakjubkan ke Kalavantin Durg, kubu paling berbahaya di dunia!

Posted by MakanLena on Thursday, January 3, 2019