Kopi Mentega Madam Tan Beri Rasa Lemak Berbeza

Ini bukan kopi yang biasa anda minum. Kedengaran cukup aneh, tapi bila dihirup memang boleh repeat order secawan lagi.

BACA: Kopi Tenggek Tanpa Serdak, Jadi Tarikan Di Pontian

Jika anda ke ibu negeri Sarawak, jangan lepaskan peluang merasai kelazatan kopi mentega yang dibancuh khas oleh Madam Tan. Terletak di Lorong Kai Joo, kopi mentega Madam Tan ini memang lain daripada kopi yang biasa anda minum.

Kopi Mentega Madam Tan2

Dengan penambahan mentega sebagai bahan penggantian gula, kopi ini tidaklah terasa manis tetapi lebih kepada rasa lemak berkrim. Tidak semata-mata menjual kopi, anda boleh juga boleh nikmati roti dan Mi Kolok Sarawak yang memang menjadi makanan trademark Sarawak.

Dengan hanya bayaran RM2 untuk cawan kecil dan penambahan RM1 untuk upgrade saiz mug, anda boleh mendengar celoteh Madam Tan mengenai sejarah Lorong Kai Joo dan hubungan antara kopi mentega beliau dengan penghisap candu.

BACA: Elak Minum Air Dari Bekas Tin Kitar Semula

Sangat terkenal dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara, lokasi kedai ini sangat strategik; boleh nikmati kopi sambil bersiar melihat seni lukisan artis di dinding bangunan.

Lorong Kai Joo terkenal dalam kalangan penduduk tempatan turut dipanggil sebagai Lorong Keranda. Pada 30 tahun lepas terdapat sebuah kedai menjual keranda kayu tradisional Cina yang kemudiannya diarahkan untuk menghentikan operasi oleh pihak berkuasa kerana menyebabkan ketakutan kepada orang ramai untuk datang ke sana.

Kopi Mentega Madam Tan1

Sudah menjalankan operasi kedai kopinya selama lebih 70 tahun, Madam Tan mewarisi perniagaan ini dari ayahnya dan merupakan generasi kedua pemilik. Ayah beliau merupakan orang China yang berimigrasi dari China ke Sarawak pada tahun 1927 ketika berusia 13 tahun.

Idea kopi mentega ini tercetus daripada penghisap candu yang kebiasannya akan minum kopi pekat dan makan sedikit mentega bagi melegakan tekak mereka. Menjadi kopi yang perlu diminum jika ke Lorong Kai Joo, Sarawak, kopi mentega Madam Tan akan dibungkus di dalam tin susu yang dibasuh untuk pilihan take away.

Kopi Mentega Madam Tan
Sumber: Wanista

Kopi mentega ini jauh lebih sihat daripada kopi biasa yang menggunakan susu dan gula kerana membantu dalam peningkatan metabolisme badan selain daripada boleh menurunkan berat dan. Mampu memberikan rasa kenyang, kopi mentega ini menjadikan otak lebih produktif.

Namun perlu diingatkan, minuman ini tidak boleh diminum selalu kerana mentega mengandungi bahan yang mampu meningkatkan kandungan kolestrol badan. Kalau nak bancuh sendiri, pastikan guna mentega rendah lemak atau grass-fed yang tinggi omega-3 ya supaya kebaikan kopi ini dapat diperoleh secara optimum.

Waktu operasi:
Isnin – Sabtu: 7 pagi – 4 petang
Ahad: 7 pagi – 2 petang

Sumber: Free Malaysia Today

Orang have have je mampu makan makanan dekat bawah ni.

5 Makanan Termahal Di Dunia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

5 Makanan Termahal Di Dunia

Ini 5 makanan paling mahal di dunia. Berapa paling mahal kalian sanggup belanja untuk makan?

Posted by MakanLena on Friday, December 14, 2018