Elak Minum Air Dari Bekas Tin Kitar Semula

minum dalam tin kitar semula
Sumber: Recyclewichita

Baru-baru ini tular di media sosial tentang minuman ‘hipster’ daripada tin susu yang dikitar semula. Gambar minuman yang dimuat naik dari media sosial itu mendapat pelbagai reaksi netizen tentang keperluan menggunakan tin kitar semula sebagai bekas minuman.

minum dalam tin susu
Sumber: AmazingNara

Susulan daripada gambar minuman ‘hipster’ yang tular di media sosial itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi akaun Facebooknya berkongsi pandangan pegawai perubatan berpendapat bahawa penggunaan tin yang dikitar semula adalah membahayakan pengguna.

Adakah makan atau minum menggunakan bekas tin susu selamat? Persoalan ini timbul apabila sebuah kedai makan dipercayai…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Saturday, December 1, 2018

Menurut kenyataan itu, penggunanaan tin kitar semula mendatangkan risiko seperti luka atau trauma pada kawasan muka, dan juga risiko keracunan makanan jika tin yang digunakan itu karat atau kotor serta boleh mengakibatkan kencing manis.

Para peniga juga turut dinasihatkan untuk berpada-pada membuat sesuatu yang ‘hipster’ bagi menarik perhatian orang ramai dan perlulah utamakan keselamatan dan kesihatan pelanggan.

Minum dalam bekas tin susu dikatakan sudah lama diamalkan oleh masyarakat zaman dahulu dan sememangnya ada warung kopi menyediakan minuman dalam bekas tin susu. Namun, mungkin sudah ramai tidak mengamalkan minuman dalam bekas tin susu ini atas faktor kebersihan dan keselamatan.

Disebabkan tular tentang minuman ‘hipster’ ini, salah seorang netizen memberi penjelasan selepas berjumpa dengan pemilik minuman itu.

Apa yang boleh disimpulkan, terpulanglah kepada anda untuk tidak terikut-ikut cara minuman ini atau tetap ingin mencuba atas risiko sendiri dan yang paling penting untuk peniaga makanan dan minuman, perlulah menjaga kebersihan dalam semua aspek agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Sumber: Astro Awani