Pernah Kena Sapa Zirafah Di Tingkap? Inilah Giraffe Manor

giraffe manor

Lokasi yang jarang untuk para traveller singgah tentunya di benua Afrika. Antara tempat menarik yang kami MakanLena ingin cadangkan kepada anda yang cuba mengembara ke sana ialah ke Nairobi, Kenya.

Di Nairobi, terdapat sebuah kawasan yang diberi nama Giraffe Manor. Tanah persendirian berkeluasan 12 ekar ini adalah sebahagian daripada 140 ekar hutan simpan di pinggir bandar Langata, Nairobi.

Apa yang menariknya di Giraffe Manor? Seperti namanya, sudah tentulah dengan kelibat zirafah yang berada di kawasan sekitar. Pada waktu pagi, zirafah ini akan menjenguk anda di tingkap bilik!

Nak tahu macam mana keadaannya? Jom layan video ini.