Rai Keputusan UPSR Anak Di MAPS, Ipoh

MAPS Ipoh

Sudah ada perancangan untuk raikan keputusan UPSR anak anda? Masih mencari apakah hadiah yang terbaik untuk anak-anak anda? Jangan risau, sini kami berikan cadangan tempat menarik yang memang sesuai untuk anda kunjungi seisi keluarga.

Movie Animation Park Studios atau lebih dikenali sebagai MAPS merupakan taman tema animasi pertama di Asia. Menelan kos sehingga RM520 milion, MAPS menjanjikan kepuasan yang berganda dengan lebih 40 tempat menarik di dalam 6 zon yang bertema.

Antara zon yang terdapat di MAPS ini ialah:

1. Animation Square

Saat anda melangkah masuk ke dalam MAPS ini, anda akan terpegun dengan bangunan yang dicat dengan warna-warna yang menarik. Sangat mustahil untuk tidak masuk ke sini, zon ini menyediakan banyak tempat yang menarik terutamanya The Home of Boboiboi, Boboiboi 4D Adventure Theatre dan Centre Stage.

appearance-840×470-iiii

heroacademy-840×470-i

2. Blast Off Zone

Zon ini dicipta khas untuk mereka yang tidak menggemari permainan yang mencabar. Bermula daripada pertunjukan secara langsung animasi Smurfs sehinggalah kepada The Wormhole Technologies, pengembaraan anak anda di sini akan sentiasa membuatkan anda terpegun.

SmurfsClubhouse_gallery_01

Smurfs-Partyland-01

3. Fantasy Forest Zone

Jika anda membawa anak-anak yang berumur 3 ke 12 tahun, Fantasy Forest Zone ini merupakan tempat yang sesuai untuk mereka. Menyajikan perjalanan penuh misteri zaman tamadun Kuno di Cave of Wonders, di sini juga mereka boleh merasai pengalaman memanjat tinggi di The Adventures HQ Tree House.

FantasyForestZone-Banner-mobile_guetzli

upsode-down2-Gallery

4. Lakeside Zone

Lakeside Zone yang mengandungi permainan seperti Space X-plores, Hyperspin dan Asteroid Attack memang sesuai untuk anda yang sukakan cabaran seperti terapung di udara.

HeroBanner_SpaceXplorers_mobile

LakeSideZone-Banner-mobile_guetzli

5. Live Action Zone

Di zon ini anda berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman berada di dalam kereta lumba yang dipandu oleh pemandu yang berpengalaman. Selain daripada itu anda juga boleh menonton aksi-aksi pemandu motosikal yang pastinya akan membuatkan anda tidak senang duduk.

LiveActionZone-Banner-mobile_guetzli

stuntlegend-840×470-i

6. Dream Zone

Buat sementara waktu, zon ini belum dibuka. Untuk maklumat lanjut anda boleh berhubung dengan pihak MAPS secara terus.

Sempena cuti sekolah dan sambutan Hari Krimas, pihak MAPS turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik yang akan menampilkan maskot Santa Claus dan Boboiboi. Memang sangat sesuai jika anda datang ke sini untuk melancong bersama keluarga.

Oh ya, tidak lupa juga MAPS sedang membuat promosi untuk harga tiket sempena cuti sekolah ini.

Banner

Lokasi: Animation Theme Park Sdn. Bhd, Plot E-BO3, Persiaran Meru Raya 3, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Waktu Operasi:

Isnin hingga Jumaat: 10 pagi – 6 petang
Hari Minggu, Cuti Umum dan Cuti Sekolah: 10 pagi – 10 malam
Tutup: Rabu (kecuali pada cuti umum dan sekolah)

Sumber: MAPS