Dibangunkan Dengan Kos RM520 Juta, MAPS Ipoh Akhirnya Ditutup Berkuat Kuasa Hari Ini

MAPS Ipoh

Dibangunkan dengan kos RM520 juta, Movie Animation Park Studio (MAPS) Perak akhirnya terpaksa ditutup setelah beberapa isu mengenai tunggakan bayaran timbul.

BACA: Tingkap Kereta Dipecahkan, Ardell Luah Rasa Kecewa Sikap Lepas Tangan Pekerja Taman Tema

Berita penutupan itu disampaikan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young akan berkuat kuasa hari ini sehingga satu masa yang akan diberitahu kelak.

https://www.facebook.com/mapsperak/videos/182884309440523/?__xts__%5B0%5D=68.ARCvl3gbRYwipAQ7S6r0wPR3APktH9v0wgTv7CJqMsjORLeub8sDdbCnlsA-kjMYWvDTpLkZVxPLFPrj4nFOZDHFgoo89JlydfSSuSn8zpa9-Q1bEHFNhcLduD0lGitPOGU-mf-8qnsSNrF-kW5HV_7PFKL53FRhxDUWPk6tddJZgBn_oyCaOkZBBWX-7ldB6LacdqagbvGaUxuYzsHD9fR0NW4n4Q133fFwHDQxbUVfwf31H4Ou1qetBI4zG8kk5rnlRLW6l9CE98DbPguGW7hE6t4yU1cMBvNHfLFmUO9hmNfou-5UVpAHsU1D5WC7B1N0WV3avlz0BRpwxCKSpXSpft9Q4pnlzrQ&__tn__=-R

Dibuka secara percuma kepada umum pada Mac tahun lalu, MAPS yang merupakan taman tema animasi pertama di Asia ini dahulunya dijadikan sebagai salah satu tapak pelancongan negeri Perak.

destinasi menarik cuti sekolah
Sumber: Super Deals

Awal Disember lalu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, MAPS tidak akan ditutup walaupun gagal membayar balik bayaran prinsipal RM25.7 juta kepada Affin Hwang Investment Bank Bhd (Affin Investment).

Sumber: Bernama