Masuk MAPS Ipoh Percuma Mulai 1 Mac Ini

masuk percuma MAPS
Sumber: Malay Mail

Bagi menggalakkan orang ramai berkunjung ke Movie Animation Park Studios atau lebih dikenali sebagai MAPS, taman tema animasi pertama di Asia ini bakal membuka kemasukan percuma kepada para pengunjung mulai 1 Mac 2019.

Para pengunjung hanya perlu membayar bagi mendapatkan kupon untuk mereka merasai kesemua tarikan yang ada di dalam taman tema tersebut. Orang ramai boleh memilih sama ada beriadah atau bermain dengan beberapa tarikan yang ditawarkan di MAPS. Hanya perlu membayar jika mahu menggunakan fasiliti serta membeli makanan dan minuman di sana.

masuk percuma MAPS

Bagi pembukaan tarikan baharu pada masa akan datang, pihak pengurusan MAPS tidak lagi mengeluarkan perbelanjaan tetapi akan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak untuk menjadi rakan kongsi di taman teman itu.

BACA: Rai Keputusan UPSR Anak Di MAPS, Ipoh

Ini sebagai usaha model perniagaan baharu MAPS untuk menarik lebih ramai lagi pengunjung dan menjadikan MAPS sebagai salah satu tapak pelancongan negeri Perak. Juga terdapat ura-ura cadangan mahu menjadikan tama tema tersebut sebagai kawasan hentian dan rawat (RnR).

Selain itu, waktu operasi MAPS selepas ini akan beroperasi pada jam 4 petang sehingga 12 malam bagi hari Isnin, Selasa dan Khamis manakala, bagi hari Jumaat dan hujung minggu, MAPS akan beroperasi bermula jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang info lanjut, boleh layari ke laman MAPS.

Sumber: Perak Today

Kata minat anime, tapi bila pergi Jepun masuk kedai sushi je.

7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun

Minat Anime, tapi pergi Jepun makan sushi dengan mee udon saja? Apa barang? Nah pergi sini.

Posted by MakanLena on Friday, February 8, 2019