5 Resipi Ayam Bakar ‘Viral’ Dan Mudah

ayam bakar mudah

Ayam bakar atau ayam panggang merupakan hidangan yang cukup terkenal di Malaysia dan Indonesia. Bukan sahaja mudah dan senang disediakan malahan bahan-bahannya pun mudah didapati di pasar raya.

Boleh mencuba resipi ini untuk hidangan buat keluarga dan makan bersama nasi, pasta atau kentang putar/ coleslow. Resipi ini ikut cita rasa anda sendiri mahu membakar atas dapur arang, dalam ketuhar, panggang atas dapur biasa, guna pemanggang ajaib atau pun guna air fryer.

1. Ayam bakar cili padi

ayam bakar mudah
Sumber: Rasa

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (potong 4 bahagian)
Garam dan gula/madu secukupnya
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Sedikit kicap

Bahan kisar/ tumbuk

1 batang serai
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang kecil
10 tangkai cili padi (Boleh olah ikut tahap kepedasan)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 biji kiub ayam/ ganti dengan belacan
Sedikit minyak (lagi bagus guna minyak zaitun)

Cara memasak:

Campur bahan kisar bersama sos tiram, sos cili, kicap, garam dan gula/ madu. Sapu pada keseluruhan ayam dan perap selama sejam atau semalaman dalam peti ais. (Lagi lama perap lagi bagus).

Bakar pada suhu 200 darjah selama 45 minit atau sejam (bergantung pada tempat bakar masing-masing).
* Biar isi ayam kelihatan lembab (juicy), jangan terlalu kering.

2. Ayam bakar ala Kenny Rogers

ayam bakar mudah
Sumber: Media Maklumat

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (potong 4 bahagian)
2 sudu madu
Sedikit minyak zaitun
2 sudu besar mixed herbs/ daun oregano

Bahan kisar/ tumbuk

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam
2 sudu serbuk lada hitam
1 senduk kecil sos lada hitam
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
100ml air

Cara memasak:

Campurkan semua bahan kisar dengan madu, minyak zaitun, mixed herbs dan lumurkan pada ayam. Perap selama 4-5 jam dala peti ais.

Bakar pada suhu 220 darjah selama sejam atau bakar menggunakan pemanggan atas dapur hingga masak.

3. Ayam bakar sate

ayam bakar mudah
Sumber: Intai Dapur

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
15 biji bawang merah
1 labu bawang putih
2cm halia
10 – 15 tangkai cili kering (nak lagi pedas tambah lagi)
10 batang serai
2cm kunyit hidup
1 sudu kecil garam
2 cawan teh gula pasir
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
5 sudu besar madu

* Resipi ni memang menggunakan banyak gula bertujuan supaya ayam nampak cantik berkilat semasa dipanggang dan rasanya seimbang dengan manis bercampur rasa pedas rempah seakan rasa rempah sate.

Cara memasak:

Kisar semua bahan kecuali ayam dan madu. Tuang bahan kisar ke dalam bekas yang berisi ayam dan sebatikan. Kemudian, tuang madu dan sebatikan lagi.

Perap semalamam, kemudian panaskan ketuhar dan bakar ayam selama sejam dengan suhu 180 darjah (guna api atas bawah).

4. Ayam bakar Taliwang

ayam bakar mudah
Sumber: Travel Kompas

Bahan-bahan:

1 ekor ayam kampung
400ml santan
1 sudu besar gula merah
Garam secukup rasa
1 biji liamu nipis
Daun limau purut dihiris

Bahan kisar

10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
7 biji cili besar merah
5 biji cili api (boleh ditambah jika mahu pedas)
1 inci belacan dibakar
1 biji buah tomato besar (jika tomato kecil, pakai 2 biji)
2cm daun cekur

Cara memasak:

Perap ayam dengan limau nipis dan sedikit garam. Panaskan minyak kemudian tumis bahan yang dikisar di atas. Kacau rata sehingga naik minyak.

Masukkan santan, gula merah/ gula melaka dan garam secukup rasa. Keudian masukkan ayam yang telah diperap.

Masukkan daun limau purut dan masak sehingga setengah masak. Tutup api dan biarkan selama sejam supaya rempah meresap.

Bakar ayam dengan suhu 180-200 darjah sambil disapu rempah yang ditumis tadi. Balik-balikkan ayam supaya masak sekata dalam 30-45 minit atau sehingga ayam masak keperangan. Baki rempah tadi dimasak sehingga pekat.

5. Ayam bakar ala Nando’s

ayam bakar mudah
Sumber:

Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong 4
Sos tomato
Sos cili
Gula
Garam
2 sudu besar serbuk lada hitam
4 sudu besar serbuk paprika (atau lebih )
6 ulas bawang putih tumbuk lumat
120g mentega

Cara memasak:

Masuk mentega dan bawang putih, sos cili, sos tomato, serbuk lada hitam, serbuk paprik, garam, dan gula masak dengan api perlahan. Kacau sehingga mendidih. Sudah masak, letak ketepi.

Gaul bersama ayam lebih kurang 10 minit biar rata. Perap dengan plastik simpan dalam peti ais semalaman.

Kemudian bakar dengan suhu 180 darjah selama sejam. Selepas 30 minit pertama terbalikkan.

Resipi ini bagus untuk anda yang mahu kurangkan makanan bergoreng kerana kurang menggunakan minyak. Selamat mencuba!