Seperti Di Wuhan, Pasar Di Indonesia Juga Menjual Haiwan Eksotik Dan Lebih Ekstrem

Pasar Haiwan Eksotik Indonesia Lebih Ekstrem

Semenjak penularan wabak koronavirus yang dilaporkan bermula di sebuah pasar di wilayah Wuhan yang dikesan menjual haiwan liar secara haram, kerajaan China mengumumkan pengharaman penjualan tersebut bukan sahaja di pasar malah turut dikenakan restoran dam semua platform e-dagang.

Wabak yang semakin mengganas menular itu menyebabkan media sosial dibanjiri dengan pendedahan kegiatan pasar basah yang menjual makanan eksotik sehingga menimbulkan kemarahan netizen seluruh dunia.

Dalam pada itu, turut ditularkan sebuah pasar basah yang seakan sama dengan pasar di Wuhan yang mana turut menjual pelbagai daging haiwan liar seperti kelawar, kucing, tikus hutan, ular, anjing, babi hutan, monyet bahkan orang utan.

Mengejutkan, pasar itu terletak di daerah Sulawesi, Indonesia dan lebih ekstrem kerana turut membunuh haiwan-haiwan itu di hadapan pengunjung. Menurut sumber, ia diceritakan sendiri oleh seorang ahli biologi yang sudah bersuara tentang pengalamannya melawat Pasar Tomohan itu.

Pasar Haiwan Eksotik Indonesia Lebih Ekstrem
Sumber: Holamigo

Turut dikatakan Pasar Tomohan disenaraikan sebagai tempat menarik yang perlu dikungjungi di TripAdvisor sehingga kempen kebajikan haiwan membuat aduan dan menurunkan pasar itu dari senarai tersebut.

Menurut seorang penduduk Tomohan, di daerah itu sukar mendapatkan makanan menyebabkan mungkin sebahagian daripada mereka memakan haiwan liar sebagai sumber makanan.

Salah satu menu masakan eksotik yang dipuji seorang Youtuber apabila mengunjungi pasar itu ialah menu kelawar masak lemak – menu popular di Sulawesi Utara. Menurut masyarakat di situ, bahagian paling enak dimakan ialah kulit disekeliling kepala kelawar serta lidahnya.

Pasar Haiwan Eksotik Indonesia Lebih Ekstrem

Bagaimanapun pasar Tomohon yang dibuka Isnin hingga Sabtu telah ditutup oleh pihak berkuasa susulan wabak koronavirus dan telah dilaksanakan sebelum wabak itu merebak.

Sumber: FMT, Sinar Harian