Tingkap Kereta Dipecahkan, Ardell Luah Rasa Kecewa Sikap Lepas Tangan Pekerja Taman Tema

Ardell MAPS
Sumber: Instagram ArdellAryana

Seringkali kita dengar, aksi memecahkan tingkap kereta sebagai salah satu bentuk keganasan yang berlaku di atas jalan raya. Sama ada memecahkan dengan tujuan jenayah seperti mencuri atau melepaskan kemarahan, ianya pasti memberikan kerugian buat pemilik kereta.

BACA: Hantu Kak Limah Ganggu Ketenangan MAPS, Ipoh

Ini yang berlaku kepada pelakon wanita berwajah manis, Ardell apabila beliau dan keluarga mengunjungi sebuah taman tema di Perak pada 25 Disember lalu. Tingkap kenderaannya dipecah oleh individu tidak bertanggungjawab dengan niat mencuri.

Ardell MAPS

Siapa yang tidak terkilan apabila percutian yang dirancang untuk seisi keluarga berakhir dengan tragedi. Namun yang menambahkan lagi rasa terkilan beliau sekeluarga adalah disebabkan sikap ‘endah tak endah’ pekerja taman tema tersebut.

Menggunakan alasan tidak cukup kakitangan disebabkan sedang berlakunya pertunjukan di bahagian dalam, pekerja taman tema terbabit seakan tidak menghiraukan laporan yang dibuat oleh mereka. Sudahlah tidak diendahkan, di pass pass pula dari seorang pekerja kepada pekerja yang lain.

Dibiarkan menunggu selama 2 jam, Ardell mengakui tiada kerjasama daripada pihak taman tema berkenaan menyusahkan lagi keadaan. Turut menjadi mangsa kejadian pecah ini ialah seorang individu yang dikenali sebagai En. Zarul.

View this post on Instagram

Siapa pernah kereta kena pecah di tempat percutiaan keluarga , seperti taman tema ? Kejadiaan ni terjadi ahad lepas lebih kurang 7:50 pm , 2 buah kereta kena . Kereta sy ,2 cermin kena pecah termasuk kerosokkan door dalaman sebelah kanan , manakala mangsa ke 2 kereta encik zarul 1 cermin turut dipecah kan . Jadi sebagai pengunjung yang datang , apa tindak kan sewajar nya kita kepada pihak taman tema itu ? Dari segi keselamatan memang secara jujur dan penuh kecewa sy boleh kata kan “perlu di naik taraf “ , kerana apa ? Kerana alasan yang diberikan tidak cukup orang,kami cuma 6orang yang bertugas waktu ini… taman tema besar yang jaga 6 orang ?. Saya & mangsa ke 2 masih tidak dapat berjumpa dengan pihak management tempat “maps_perak” ini , jadi saya berharap pihak #mapsperak bertanggungjawab keatas kami pengunjung yang masuk maps . Kami bayar & bukan nya masuk PERCUMA 27 orang semua bayar , jadi harap jangan ignore kami punya report . Saya sepatutnya balik ke kl semalm kerana hari rabu saya kena ke kedah untuk shooting , tetapi disebab kn perkara ini terjadi saya baru dapat pulang ke kl malam ini sebab mengambil masa cari kedai cermin di perak ( sememangnya bukan tempat sy ) agak sukar untuk sy mencari . Saya harap pihak “maps perak “ bertanggungjawab serta saya harap lebih respect ✊🏻 pada pengunjung yang datang, terutama pekerja disana … saya berkata begini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi sy kecewa kerana sy harus menunggu selama 2 jam dikereta selepas memberitahu staff maps tanpa apa2 tindakkan lalu meninggal kn sy sekeluarga disitu seperti mengemis , kenapa saya kata begitu kerana family saya bergilir kena jalan jauh masuk kedalam untuk bertanya kan soal ini . Yang kelakarnya, Kes ni main pas2 atas alasan “ada show “ sedang dijalan kan di dalam , sy marah kerana .. tidak bertanggungjawab. Dengar aduan kami, lalu meninggal kan kami selama 2 jam itu bukan cara sepatutnya staff anda patut berikan kepada kami . Kalau anda , apakah tindak kan anda supaya pihak itu bertanggungjawab ?. Saya lakukan begini supaya selepas ini tidak ada lagi yang kena seperti saya sekeluarga dan en.zarul (mangsa ke2). Maaf andai terkasar bahasa , Family day yang tak menjadi 😔

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on

Buat masa sekarang, masih tiada maklum balas daripada pihak MAPS mengenai isu yang berlaku. Harapnya adalah jalan penyelesaian kepada masalah ini.

BACA: Rai Keputusan UPSR Anak Di MAPS, Ipoh

Walaupun begitu, dinasihatkan agar pengunjung yang ingin berkunjung ke sini agar lebih berhati-hati; tidak meninggalkan barangan berharga atau sesuatu yang boleh menarik perhatian berlakunya jenayah pecah kenderaan ini di kemudian hari.