Resipi Aiskrim Oreo McFlurry, Hanya Guna 2 Langkah Mudah Sahaja

Sumber: Stuck on Sweet

Cuaca panas macam ini memang layan sangat kalau dapat makan aiskrim sambil-sambil baring tengok TV. Lagi layan kalau dapat McFlurry, tapi dengan harga McFlurry yang dasyat tambah pula tengah kegawatan ekonomi sekarang ini memang mimpi jelah mampu.

Tapi, daripada mengidam tak sudah, ada baiknya anda cuba untuk buat sendiri. Tak adalah susah mana pun.

Bahan-bahan:

*1 tin susu cair
*1/4 tin susu pekat (nak manis, boleh lebihkan)
*1 sudu esen vanila
*1 sudu besar ovalet
*Secawan oreo (dah dihancurkan)

Cara buat:

1. Campurkan kesemua bahan kecuali oreo ke dalam mangkuk dan kacau sehingga tekstur menjadi pekat. Jika guna mixer, pukul selama 15-20 minit.

2. Kemudian campurkan oreo ke dalam adunan sebelum aiskrim dimasukkan ke dalam bekas sebelum disejuk beku sekurangnya 4 jam.

Dah siap! Senang sahaja kan? Kalau nak feeling-feeling macam aiskrim beli, beli kon aiskrim dan taburkan cip coklat di atas aiskrim.

Resepi Aiskrim Oreo
Sumber: Stuck on Sweet

Tip 1: Pukul adunan jangan terlebih lama. Nanti tekstur aiskrim akan jadi pelik dan rasa kurang sedap.

Tip 2: Jika mahu perasa lain, tukarkan sahaja oreo kepada bahan pilihan anda.

Kalau ke Phuket sebab nak tengok pulau, bolehlah singgah pulau dalam senarai bawah ini.

5 Pulau Pilihan Utama Pelancong Ke Phuket

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.